Takut tidak dapat memberi komitmen terhadap pelajaran, Ismail Izzani memilih untuk belajar dari rumah (home schooling) sejak pertengahan tahun lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sabar ini bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberitahu keputusan itu diambil selepas dinasihati oleh ibunya yang juga penyanyi dan pernah menempa kemasyhuran di era 1980-an, Datin Suliza Salam.

“Saya ada berbincang dengan ibu-bapa mengenai soal pelajaran sebelum bergerak serius dalam aktiviti seni.

“Hasil perbincangan itu, saya merasakan home schooling adalah jalan yang terbaik,” katanya pada Media Hiburan.

Jelasnya, keputusan itu juga diambil lantaran kesukarannya untuk membahagikan masa di antara pelajaran dan karier seni.

“Saya bimbang jika saya teruskan di sekolah biasa, saya tak dapat beri komitmen kerana kesibukan jadual nyanyian.

“Lagipun, single kedua saya juga akan dilancarkan selepas hari raya nanti.

IKLAN

“Apa-apapun, pelajaran adalah perkara pertama yang akan saya beri keutamaan walaupun sibuk dengan kerjaya seni,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 17 tahun ini juga sudah mula memperlahankan jadual aktiviti seninya demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan SPM.

Bahkan, Ismail berazam untuk tidak mengabaikan pelajaran kerana ia adalah jaminan masa depannya.

“Sekarangpun, saya dah kurangkan aktiviti seni tetapi saya akan fokus betul-betul pada SPM, lepas raya nanti.

“Saya juga ada pasang impian untuk menyambung pelajaran di universiti dan kerana itu saya perlu berusaha ke arah tersebut,” katanya.

IKLAN

 

Ismail Izzani Fokus Belajar

 

Dalam pada itu, Ismail menganggap populariti yang ada pada ibunya bukanlah tiket untuknya menempa nama dalam persada seni.

IKLAN

Bahkan, dia percaya dirinya dikenali kerana bakat yang ada padanya.

“Saya menyanyi kerana hobi yang kemudiannya berkembang menjadi kerjaya.

“Media sosial banyak membantu saya ingin menceburkan diri dalam bidang nyanyian ataupun lakonan.

“Bahkan, ia juga merupakan medium untuk syarikat rakaman mencari artis baru di bawah naungan mereka,” katanya yang bernaung di bawah World Peace Entertainment.

Dalam perkembangan lain, Ismail baru sahaja melancarkan lagu duet bersama Rizky Febian, Fatin Shidqia, Siti Nordiana, Ismail Izzani, Sufi Rashid iaitu Raya Nusantara sempena Aidilfitri,

https://www.instagram.com/p/BWCNJimAhsd/?taken-by=ismailizzani_&hl=en

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI