Penyanyi Singapura, Iskandar Ismail berjaya mengungguli saingan minggu kedua program realiti, Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) dengan markah sebanyak 71.50%.

Malam tadi, Iskandar mempamerkan persembahan bertenaga mereka menerusi lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’sekaligus menerima komen positif para juri.

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang penyanyi Nubhan dan Mendua dengan 67.75% dan 67.50%.

Sementara itu, tiga peserta berada di kedudukan terendah ialah Shy8, diikuti Mel Sakura dan Dato’ Elaine Kang.

Bagaimanapun, tiada penyingkiran diumumkan, sekaligus menyaksikan kesemua 13 peserta mara ke minggu ketiga GV12.

Bertemakan ‘Sama Sama Naik’, berikut ialah kedudukan penuh markah keseluruhan minggu kedua GV12;

1. Iskandar Ismail – 71.50%

2. Nubhan – 67.75%

3. Mendua – 67.50%

Ads

4. Shae – 65.25%

5. Freshies – 65.00%

6. Mark Adam – 63.25%

7. Krisya – 63.25%

8. Rahmat Ekamatra – 62.75%

9. Ruri Repvblik – 62.75%

Ads

10. Korie – 59.50%

11. Shy8 – 59.50%

12. Mel Sakura – 56.00%

13. Dato’ Elaine Kang – 52.00%

 

Iskandar Ismail Cemerlang Minggu Kedua GV12 Dengan 71.50%, Elaine Kang Terselamat Tiada Penyingkiran Iskandar Ismail Cemerlang Minggu Kedua GV12 Dengan 71.50%, Elaine Kang Terselamat Tiada Penyingkiran Iskandar Ismail Cemerlang Minggu Kedua GV12 Dengan 71.50%, Elaine Kang Terselamat Tiada Penyingkiran Iskandar Ismail Cemerlang Minggu Kedua GV12 Dengan 71.50%, Elaine Kang Terselamat Tiada Penyingkiran

Ads

Warna Antarabangsa & Kejutan GV12

Barisan 13 bintang Gegar Vaganza musim ini terdiri daripada Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik, serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Singapura pula tampil menerusi penyertaan Iskandar Ismail.

Menambah kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam ‘GV-Verse’.

Tahun ini, GV12 masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri tetap.

Program yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam selama 12 minggu, GV12 dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads