Isa Khan & Risteena Kahwin: “Halah Halah Cantiknya!,” – Malam Berinai Tema Bollywood, Akad Nikah Sempurna Sedondon Putih

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Risteena Munim, 32, dan Isa Khan, 28, yang telah pun selamat bergelar suami isteri, pagi tadi dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah itu telah disempurnakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.40 pagi.

Menerusi Instagram Live yang dibuat di akaun pemilik nama lengkap, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas ini, dia turur menzahirkan rasa syukur selepas semuanya berjalan lancar.

Semalam, turut dianjurkan ialah majlis malam berinai yang merakamkan ahli keluarga dan para jemputan mengenakan persalinan ala Bollywood.

Sementara pada majlis akad nikah, mereka sedondon mengenakan persalinan rona putih rekaan pereka fesyen Ezuwan Ismail.

Kenangan yang manis, ini dia antara foto keduanya yang turut diambil daripada rakan ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan mempelelai.

Malah foto hasil bidikan lensa daripada Budak Tadika yang dikongsikan Ruhainines juga turut mencuri tumpuan.

Terdahulu, pasangan sejoli ini mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Disebabkan pandemik Covid-19, mereka terpaksa menundakan majlis perkahwinan yang sepatutnya dilangsungkan 21 November tahun lalu.

IKLAN