Nampaknya bintang terkenal Heart dan love, Irwansyah bakal menemui peminat di kaca TV menghiasi slot Akasia dengan drama 60 episod berjudul Dia bersama dua aktres jelita, Janna Nick dan Izara Aishah.
Selain itu, Drama Dia menampilkan pelakon kacak negara ini, Adi Putra dan seorang lagi pelakon kanak-kanak Indonesia iaitu Sandrinna Michelle Skornicki.
Dikhabarkan Irwansyah telah ditawarkan bayaran sebanyak RM1 juta bagi merealisasikan watak Adit di dalam produksi terbitan OrangeTree.
Namun, Irwansyah telah menyangkal dakwaan tersebut dan berkata bayaran bukan RM1 juta tetapi hanya menerima bayaran yang berbaloi dengan tanggungjawab diberikan sebagai pelakon utama.
“Dakwaan tersebut tidak benar. Bayaran diberi pihak produksi berbaloi untuk tiga bulan penggambaran.
“Jadi, saya berpuas hati dan bersetuju. Lagi pula, secara tidak langsung saya dapat kembangkan bakat lakonan di sini,” katanya kepada sebuah portal.
Dalam pada itu, isteri kepada pelantun lagu Pencinta Wanita itu, Zaskia Sungkar telah meletakkan syarat untuk berlakon iaitu dia tidak dibenarkan melakukan adegan cium dan berpelukan.
“Dia ada meletakkan syarat seperti tidak boleh berpelukan dan cium. Tapi kalau setakat bersentuhan tangan itu masih boleh.
“Lagi pun saya masih tahu batas-batas sebagai seorang suami,” ujarnya
Drama Dia mengisahkan tentang percintaan sejati Adit iaitu Irwansyah yang telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah) walaupun hatinya terlalu mencintai Aira (Janna Nick).
Drama kolaborasi antara dua negara itu juga menjalani penggambaran sebanyak 30 peratus di negara jiran, Indonesia.
Sumber : Mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI