Ira Kazar yang juga isteri kedua pengarah filem Syamsul Yusof, bersama-sama bapa dan kakaknya perlu menjawab kepada Mahkamah Sesyen berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.
Ia susulan keputusan mahkamah pada Selasa yang membenarkan permohonan pelakon Puteri Sarah (isteri pertama) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, kakaknya Yasmin dan bapanya, pelakon Kazaruddin Saisi.
Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 4 Julai tahun lalu.
Ia antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.
Malah, Ira juga turut dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).
Perintah injunksi itu adalah rentetan daripada tuntutan saman difailkan Puteri Sarah terhadap madunya pada Jun 2022, atas dakwaan mengganggu kedamaian rumah tangganya.
Ads
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi pemberita, berkata, permohonan anak guamnya dibenarkan oleh Hakim Norakhmar Mohd Sani dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian dengan dihadiri peguam Puteri Sarah, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.
Susulan kebenaran itu, Akberdin menjelaskan, pihaknya perlu menyerahkan sesalinan permohonan komital berkenaan kepada Ira, Kazar dan Yasmin.
“Selepas penyampaian permohonan komital disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi pihak sana menjawab permohonan kami.
Ads
“Setakat ini, mahkamah belum menetapkan tarikh lanjut,” katanya.
Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah dengan alasan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri dengan suaminya kerana tiada persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu juga menyatakan tekanan dan gangguan daripada pihak ketiga serta hubungan sulit Syamsul turut mendorongnya untuk memfailkan perceraian terbabit.
Ads
Terdahulu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama pelakon cantik, Sophia Albarakbah menjadi sorotan peminat susulan isu sensasi yang kecoh diperkatakan, sejak Ahad lalu.
Dalam ramai yang ingin mengetahui apakah situasi sebenar yang berlaku, namun ada juga yang mahu mengenali bintang ini lebih dekat dalam sisi kerjayanya di bidang seni.
Jadi, ini dia serba sedikit trivia Sophia yang namanya kian dikenali selepas tampil di dalam drama Mimaland, di samping Fattah Amin.
Berusia 29 tahun, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
Terdahulu, dia turut dikenali dengan nama Sophia Koshka dan dilahirkan di Kuala Lumpur.
Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
Hampir lima tahun terbabit dalam seni, penampilannya turut diingati menerusi drama drama Tercipta Satu Ikatan yang mengisi slot Megadrama, Astro Ria selain Hadiah Dari Tuhan di TV3
Sophia sebelum ini aktif sebagaimodel pelbagai iklan komersial.
Bakal muncul dalam drama adaptasi novel, Ku Akad Kau Dengan Bismillah bersama Aliff Aziz
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh TikTok, Ubai tidak menafikan dirinya sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah sejak tahun lalu.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.
“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014.
“Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).
“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.
“Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya.
Shila sebelum ini pada sesi siaran langsung di TikTok turut berkongsi mengenai hal berkaitan.
“Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.
“Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama.
“Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.
“Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini,” katanya.
Semalam Shila dan Ubai mendedahkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi teka-teki.
Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.
Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usia perkahwinan pelakon Zulin Aziz bersama suami, Farhan Norzaini genap mencecah satu tahun pada Isnin (20 Februari).
Mendedikasikan hari istimewanya itu, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, berkongsikan gambar sambutan wedding anniversary di sebuah restoran di ibu kota.
Dalam pada itu, Zulin turut memohon doa agar dia dikurniakan rezeki untuk segera menimang cahaya mata bagi memeriahkan lagi bahtera perkahwinan yang dibinanya.
“Jika tak keberatan, doakan semoga kami dikurniakan zuriat. Semoga doa-doa kita diperkenankan, amin ya rab,” tulis Zulin.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut mendoakan agar hajat Zulin itu akan diperkenankan oleh Allah SWT.
Zulin mendirikan rumah tangga dengan Farhan, 36, pada 20 Februari tahun lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...