Aduhai, dalam pada hitsnya single terbaru Zizi Kirana yang berjudul Nak Ke Tak Nak, begitu jugalah popularnya kisah bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh ini yang sering ditempelak pengguna media sosial gara-gara sering memuat naik foto yang dianggap seksi, khasnya menerusi Instagram (IG).

Malah, apabila bintang asal Sabah ini memuat naik videonya yang bertudung di platform sama, masih ada segelintir netizen yang menyindir, dikatakan Zizi sebagai penunggang agama.

Lalu perkongsian tersebut memberi persepsi berbeza di kalangan pengguna media sosial, meski kebanyakannya memuji penampilan Zizi yang dianggap sopan.

Bagaimanapun, Zizi ketika dihubungi MH menyambut baik komen positif netizen yang mengharapkan agar mereka mendoakan yang terbaik buat dirinya, apatah lagi pada bulan penuh kemuliaan ini.

IKLAN

“Bila dipuji saat mengenakan tudung, alhamdulilah… Doakanlah yang baik-baik, di bulan Ramadan ini. Berhenti-hentilah membawang. InsyaAllah nanti saya bertudung, tetapi bukan sebab paksaan netizen,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi genit ini turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya sebagai penunggang agama.

IKLAN

“InsyaAllah Nanti Saya Akan Bertudung, Tapi Bukan Sebab Paksaan!” – Reaksi Zizi Kirana!

IKLAN

“Tidaklah, kerana saya bukan acah-acah warak di depan tetapi di belakang mengumpat, mengata, menipu atau menzalimi orang secara senyap-senyap. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah ubah persepsi dan sentiasa berlapang dada. Jauhi diskriminasi dalam menghukum,” jelas Zizi tegas. 

Ada betulnya juga apa yang dikata Zizi. Sekurang-kurangnya sokonglah dia andai apa yang dilakukan itu memberi kebaikan pada diri dan peminat di luar sana. Bukan mengecam, siap guna bahasa kasar sehingga boleh menjatuhkan air muka orang dan si pemberi komen itu sendiri. Tak gitu?

Foto: Carian Google

https://www.youtube.com/watch?v=Xtc4fLqcjt0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI