Pelakon Niezam Zaidi mengakui ada merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah sebelum hujung tahun ini.

Bercakap menerusi Harian Metro, bintang tinggi lampai berusia 28 tahun itu sudah memikirkan perkara tersebut, namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terlibat dengan komitmen penggambaran drama.

Pada masa sama, Niezam juga mahu terus bernikah tanpa mengikat Nonny sebagai kekasih dalam tempoh yang lama.

“Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan. Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Luka Di Hati Diya sehingga Ogos depan.

“Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu. Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan.

“Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi.

IKLAN

“Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja. Saya juga ada bercakap dengan keluarga soal ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya seperti yang dipetik.

Bintang filem Sangkat dan M4M4 ini sebagai dipetik turut menjelaskan, dia merancang mahu berjumpa keluarga Nonny di Sabah bagi mendapatkan restu.

“Saya belum pernah berjumpa keluarga Nonny lagi. Sebelum ini hanya menerusi panggilan video saja.

“Insya Allah, selepas penggambaran selesai bolehlah saya pergi berjumpa secara teratur. Saya uruskan satu persatu. Saya percaya niat baik ini akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

View this post on Instagram

Is Ti Me wah.#SalamSabtu

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi) on

IKLAN

Mengulas mengenai perhubungan yang berlangsung sejak setahun lalu itu, Niezam menyifatkan kehadiran wanita berusia 30 tahun ini sebagai kiriman dari Allah, begitu juga sebaliknya.

“Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3. Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan.

“Selepas Nonny bercerai barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka. Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat.

“Status Nonny yang pernah berkahwin dan bercerai bukan halangan untuk saya berkawan dengannya. Dia seorang yang baik. Apa saya tahu, ketika dia tengah dalam kesulitan, saya ada. Saya ada dengan dia saat susah dan senang.

IKLAN

“Semasa dia tengah ‘down’, dia tidak ada sesiapa. Jadi, saya minta dia kongsi. Saya tenangkan dia dan pendek kata, sering jadi perantara untuk dia. Apapun, jalinan perhubungan saya dengan dia kini kerana Allah,” katanya lagi.

Nonny yang juga ekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kelima, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mustain Adnan pada Mac 2018.

Bagaimanapun keduanya mengambil keputusan untuk berpisah sekitar tahun 2019.

Foto: Instagram Niezam Zaidi

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI