“InsyaAllah Masih Jauh Perjalanan Kau,”- Altimet Sambut Hari Jadi, Beri Pesan Pada Diri Sendiri

Share

Penyanyi rap, Altimet telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 tahun, hari ini.

Lalu kongsinya, dia ingin terus menjadi seorang insan yang lebih baik pada masa hadapan.

“Selamat hari lahir kepada Mamat ni. Dah jauh kau berjalan, InsyaAllah masih jauh perjalanan kau lagi.

“Teruskan usaha utk menjadi insan yang lebih baik. Ucapan tulus ikhlas dari saya kepada saya,” tulisnya.

Di samping itu, peminat turut memberi ucapan selamat hari jadi buat Altimet di ruangan entri foto berkenaan.

Sekadar informasi, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dilahirkan pada 27 November 1978.

Foto: Instagram Altimet

IKLAN