Naqiu mendedahkan dia terkejut apabila namanya dipilih untuk menyanyikan lagu Percayalah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dalam saingan konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad depan.
Katanya, kejutan yang diberikan agak besar hingga membuatkan dirinya terduduk ketika nama diumumkan menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi pada penghujung saingan minggu lalu.
“Ketika itu saya tengah peluk Sham Visa, kemudian muncul lagu Siti Nurhaliza di skrin. Saya macam jeling-jeling juga dan tengok berapa orang peserta wanita yang masih tinggal. Agaknya siapalah yang dapat lagu ni.
“Tapi yang muncul ialah wajah saya, itu yang buatkan saya terduduk. Dalam hati saya tertanya apa yang nak kena buat minggu depan ni, dah la lagu tu legend, penyanyinya pun memang legend. Ditambah pula dengan suara saya yang macam ni,” katanya kepada MH.
Apa pun, bintang berusia 33 tahun itu akui setiap lagu baru yang akan dipersembahkan di GV6 adalah cabaran yang harus disempurnakan.
“Saya percaya mungkin Hady Mirza kalau dapat lagu tersebut, mungkin lebih sesuai. Tapi macam saya? Bagi saya ia cabaranlah untuk saingan minggu depan.
“Yang penting saya cuba buat sehabis baik dengan cara sendiri,” impi Naqiu yang sebelum ini agak jarang menyanyikan lagu asal dari mana-mana penyanyi wanita.
“Lagu wanita yang pernah saya nyanyi sebelum ini hanya sebiah saja iaitu Bunga nyanyian asal Ara Johari,” akhirinya.
GV6 yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof ada berkongsi sekeping foto bersama Aleeza Kassim di Instagram yang merakam memori peminat.
Keduanya pernah digandingkan bersama menerusi filem Panas, Nurhalim Hj.Ismail yang ditayangkan lebih 20 tahun lalu.
“Mak ai! Makin lawalah pulak my heroin @aleeza_kasim dalam filem ‘Panas’ ni. Its nice to see u again after 20 years! #DirectorOnSet telefilem khas #MaulidurRasul @rtm_malaysia @enuja_production @dinenuja,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan, keduanya bekerjasama menerusi sebuah telefilem khas sempena sambutan Maulidur Rasul.
Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) berdepan dengan musibah apabila dia ditimpa kemalangan jatuh basikal beberapa hari lalu.
Ekoran kejadian itu, Azhar terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu bagi memulihkan kembali struktur tulang yang patah.
Lantas, netizen mendoakan agar Azhar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Dalam pada itu, dua orang sahabat Azhar yang merupakan penceramah dari Acheh, Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad dan Dr. Amri turut menitip ucapan buat Azhar.
“Saya kini bersama Dr. Amri, iaitu seorang Doktor Akidah Falsafah dari Universiti Al-Azhar. Ustaz Amri dari Acheh.
“Kita dapat khabar bahawa sahabat kita iaitu Ustaz Azhar dari Terengganu, Malaysia sakit.
“Jadi mari sama-sama kita doakan untuknya,” doa mereka.
Ucapan dan doa dari Ustadz Abdul Somad agar Ustaz Azhar Idrus kembali sihat.- Admin
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 800 perkongsian, 300 komen dan 5,000 respon terhadap perkongsian video tersebut.
Sementara itu, isteri Azhar iaitu Rogayah Sulong reda dengan ujian Yang Maha Esa ekoran kejadian yang menimpa suaminya.
“Assalamualaikum… Terima kasih pada semua yang mendoakan ustaz.
“InsyaAllah pagi ini ustaz akan menjalani pembedahan di bahagian siku. Sama sama kita doakan agar dipermudahkan urusan ini.
“Buat masa ini doktor sarankan ustaz berehat sepenuhnya dan tidak menerima sebarang kunjungan untuk menziarahi sehingga keadaan mengizinkan.
“Semua kuliah ustaz ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian. Moga Allah beri kesembuhan kpd ustaz dgn sebaik2 kesembuhan.Insya Allah,” tulisnya di Facebook.
Difahamkan, basikal yang ditunggang Azhar tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar Kuala Terengganu pada 4 November lalu.
Foto: Facebook UAI, Ustadz Abdul Somad, Rogayah Sulong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.