Pelakon, Faye Kusairi mengakui dia masih ingin terus berkarya dalam industri lakonan tanah air.

Katanya, dia amat berbesar hati sekiranya ditawarkan peluang untuk berlakon setelah tamat berpantang nanti.

“Buat kalian yang tertanya tanya, Faye masih mahu kekal dalam bidang seni ni? Ya… Masih.

“InshaALLAH, jika diberi peluang untuk bekerja semula selepas rehat seketika sebab mengandung dan berpantang, memang Faye akan kembali berlakon semula.

“Sementara menunggu peluang untuk kembali di depan kamera, Faye byk juga luangkan masa menulis sinopsis utk drama dan telemovie.

“Alhamdulillah… 1st telemovie idea asal gabungan saya dan suami bakal ke udara di Ntv7 berjudul “Formula Cinta”. Lakonan Aprena Manrose dan Isa Khan. Nantikan ya!” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Faye dan suaminya, Azmi Hatta menyambut kelahiran bayi sulung lelaki mereka pada 9 April lalu. Hari itu juga merupakan ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

IKLAN

Pelakon filem aksi Tombiruo turut berkongsi foto anak lelakinya yang diberi nama Alif Azmi di Instagramnya itu.

IKLAN

“InsyaALLAH, Jika Diberi Peluang Bekerja Semula,”- Faye Kusairi Ingin Kembali Berlakon, Mula Tulis Sinopsis Drama

Foto: Instagram Faye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI