“InsyaAllah Akan Disembuhkan Segala Penyakit Yang Dihidapinya,”- Yatt Hamzah Kongsi Kebaikan Zikir Ya Baari

Share

Pelakon, Yatt Hamzah ada berkongsi mengenai kebaikan zikir Ya Baari bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.

Menurut Yatt atau nama sebenarnya Norhayati Hamzah kebaikan zikir Ya Baari sangat bermanfaat jika diamalkan kerana boleh menyembuhkan segala penyakit, dengan izinNya.

“ZIKIR HARI INI.FADHILAT ASMAUL HUSNA – AL BAARI’

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Al Baari’ The Maker Yang Maha Pembuat / Yang Menerbitkan Makhluk / Maha Menjadikan – Ia menjadikan segala-galanya, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya. . .

“Fadhilat Al-Baari’. Sekiranya dibaca ‘Ya Baarii’ sebanyak 100 X selama 7 hari berturut-turut, ketika berada di dalam kesukaran atau sedang sakit; Insya’Allah akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. .

“Jika perempuan mandul berpuasa 7 hari dan ketika berbuka membaca “Al-Baariul Mushawwiru” sebanyak 21 X. Insya’Allah dikurniakan anak lelaki. .

“Sesiapa yang berzikir ‘Ya Baari’ pada siang hari sebanyak 100 X, Insya’Allah ia akan selamat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia di dalam kubur. .

“Sesiapa yang membaca ‘Ya Baari’ sebanyak 100 X, selama 7 malam berturut-turut, Insya’Allah akan disembuhkan segala penyakit yang dihidapinya. . .

“#yattmengayatt #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #bondaYattshare #bondaYHshare #sharingiscaring #NOCOVID19 #fightcovid19 #GoAwayCovid19 #PKPday19,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji dengan perkongsian Yatt yang sangat bermanfaat kepada semua.

Foto : Instagram Yatt Hamzah

IKLAN