Pelakon cantik, Uqasha Senrose memilih untuk mengisi masa lebih bersama keluarga selepas ini mengenangkan dia bakal bergelar isteri orang, tidak lama lagi.

Uqasha dan kekasihnya yang juga pelakon, Kamal Adli sebelum ini mengumumkan pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung beberapa bulan akan datang, di sebuah kawasan peranginan tanah tinggi popular bergantung kepada situasi semasa. 

“Insya-Allah Kalau Sampai Jodoh Bersama Kamal, Maknanya Puasa Tahun Ini Adalah Yang Terakhir Sebelum Bergelar Isteri,” – Uqasha Senrose “Insya-Allah Kalau Sampai Jodoh Bersama Kamal, Maknanya Puasa Tahun Ini Adalah Yang Terakhir Sebelum Bergelar Isteri,” – Uqasha Senrose

“Saya mahu luangkan lebih banyak masa dengan keluarga khasnya sepanjang Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

“Insya-Allah kalau sampai jodoh saya bersama Kamal, maknanya bulan puasa tahun ini adalah yang terakhir sebelum bergelar isteri.

“Jadi saya rasa ini masa paling sesuai untuk isi masa bersama keluarga. Begitu juga dengan Kamal, saling lebihkan masa bersama orang tersayang masing-masing. Kami sama-sama ‘family oriented’,” kata Uqasha.

IKLAN

“Insya-Allah Kalau Sampai Jodoh Bersama Kamal, Maknanya Puasa Tahun Ini Adalah Yang Terakhir Sebelum Bergelar Isteri,” – Uqasha Senrose “Insya-Allah Kalau Sampai Jodoh Bersama Kamal, Maknanya Puasa Tahun Ini Adalah Yang Terakhir Sebelum Bergelar Isteri,” – Uqasha Senrose

Mendoakan agar segala perancangan hari bahagia berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan, Kamal Adli pula mengakui persiapan perkahwinan mereka sudah lebih 80 peratus siap.

“Apa pun, kami mengharapkan doa semoga majlis yang akan berlangsung akan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, setakat ini semuanya dipermudahkan.

IKLAN

“Malah ada pihak yang sudi untuk bekerjasama di hari bahagia. Kami bersyukur.

“Alhamdulillah tidak ada dugaan yang betul-betul kacau kami. Sebab kita dah ‘locked’ baik-baik atas tu (lamaran di Anugerah Meletop Era 2020). Siapa berani… tak gitu?,” seloroh Kamal.

“Insya-Allah Kalau Sampai Jodoh Bersama Kamal, Maknanya Puasa Tahun Ini Adalah Yang Terakhir Sebelum Bergelar Isteri,” – Uqasha Senrose “Insya-Allah Kalau Sampai Jodoh Bersama Kamal, Maknanya Puasa Tahun Ini Adalah Yang Terakhir Sebelum Bergelar Isteri,” – Uqasha Senrose

IKLAN

Bintang utama drama Perempuan Tanpa Dosa itu ditemui sejurus program hiburan, MeleTop, baru-baru ini.

Sabtu lalu, Uqasha, 29, selamat dirisik Kamal, 35, pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang hanya dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha sewaktu tampil berpasangan menjadi penyampai pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) Disember tahun lalu.

Foto: Instagram Uqasha Senrose, Shanell Harun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI