Adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan laporan media mengenai dakwaan pelakon berstatus suami orang yang dicekup berkhalwat dengan aktres di sebuah kondominium mewah di ibu negara, awal pagi tadi ialah abang iparnya, Aliff Aziz.

Menurut Didi, dia bersama kakaknya itu hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan,” katanya, lapor Harian Metro.

Didi pada masa menjelaskan, dia mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita berkenaan.

IKLAN

“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.

“Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Bella yang ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tangkapan yang dibuat terhadap suaminya.

Terdahulu pada awal pagi Sabtu, kecoh berita mengenai kes membabitkan dua selebriti, di dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

IKLAN

Menerusi media sosial, warganet mula mengaitkan pelakon lelaki yang ditangkap ialah Aliff susulan isterinya iaitu Bella Astillah yang hadir ke pejabat agama Islam sekitar pukul 2.40 pagi ditemani beberapa rakan di dalam sebuah video tular.

Aliff pernah berhadapan dakwaan berlaku curang terhadap Bella dan pasangan ini bercerai pada 2019. Bagaimanapun mereka akhirnya memilih untuk kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber : Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI