Instagram Sajat Digodam, Hilang Jutaan Pengikut? Tapi Ramai Pula Feeling Buat Akaun Palsu!

Share

Usahawan Sajat sering berkongsi gambar dan video di akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, difahamkan media sosial usahawan itu telah ‘dinyahaktifkan’ dan kini tiada lagi jutaan pengikut Sajat atau nama akaunnya nursajat23.

Dalam pada itu, ada pihak yang turut mengambil kesempatan membuat akaun palsu (fake account) dengan menggunakan nama dan gambar usahawan itu.

Lantas, akaun palsu itu telah memberi komen berbentuk emoji hati terhadap video yang dimuat naik Coach Yin.

Tidak hanya berdiam diri, Coach Yin turut membalas komen berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Sajat sedang mengikuti kursus pengajian dandanan rambut di Labenon dan beberapa hari lalu, Coach Yin turut terbang ke sana bagi bertemu penyanyi Makhluk Penggoda itu.

Video: IG Coach Yin

IKLAN