Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan bibit percintaannya bersama suami, Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz yang sudah pun berputik sejak Ramadan tahun lalu.
Neelofa berkongsi perkara itu secara seloroh menerusi sesi ‘live’ melalui akauan Instagram Markaz Tijaari yang dikongsikan kembali di akauan lofa.haris, di samping suami tercinta.
Ujarnya, Hariz pada mulanya membawa senaskah al-Quran tersebut bagi menunaikan solat sunat terawih bersama keluarga Neelofa pada bulan puasa tahun lepas.
Bagaimanapun, bekas hos program MeleTOP itu kemudiannya menggunakan al-Quran itu sebaiknya selepas Hariz dikatakan terlupa untuk membawa pulang sejurus selesai melakukan solat terawih.
Ads
“Inilah Quran yang Haris bawa untuk berterawih dengan kitaorang semua bulan Ramadan tahun lepas. Masa cinta mula berputik.
“Lepas tu, dia pun tertinggal al-Quran ini dekat rumah I. Lepas tu I pun kebas Quran ni, I guna untuk kelas tilawah, pakai Quran ni.
Ads
“Bila Haris nak minta… Tak boleh, sebab dah tanda dah, tak payah ambil. So its mine now. Ikhlas ke bagi,” soal Neelofa sambil dijawab ‘ikhlas’ oleh suaminya,” ujar Neelofa.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi pelbagai dan rata-ratanya turut mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan bahagia harmoni selama-lamanya.
Ads
Malah tak kurang yang turut tercuit dengan kisah yang dikongsikan Neelofa.
Sama cantik sama padan, Haris dan Neelofa selamat diijabkabulkan pada 27 Mac 2021 lalu dengan sekali lafaz.
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengakui sedang cuba menjadi individu yang lebih baik seiring dengan kematangan usianya.
Malah dia kini memilih untuk kerap isi masa bersama keluarga berbanding mengejar konten di media sosial.
Jelas Aliff, kesedaran tersebut mulai timbul apabila anak-anaknya kini meningkat dewasa selain galakan isteri, Datin Seri Noor Shahida yang turut mempengaruhi perubahan berkenaan.
“Saya berazam untuk jadi individu yang lebih matang. Saya pun dah semakin tua dan anak-anak makin meningkat remaja. Mereka sudah pandai untuk nilai dan baca komen netizen mengenai saya.
“Selain itu, saya cuba berubah kerana isteri juga. Dialah yang menjadi ‘cikgu disiplin’ dan mengajar saya. Pada tahun ini saya bertaubat, sudah tak nak riak.
“Sebenarnya saya merasakan bila kita hidup tanpa kontroversi ni lagi seronok. Malah saya dah lama saya nak jadi begini, cuma orang lain yang asyik mencari salah saya. Ada saja yang tidak kena. Saya teruja nak jadi Aliff Syukri yang baru.
“Bila saya berubah, dia lebih baik melayani saya dan lebih romantik. Dulu tak ada dia nak cakap ‘darling’ dekat saya. Kami ni pasangan yang kontra jadi kami melihat situasi tersebut dalam sisi yang baik,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Shahida menyambut baik perubahan tersebut dan akui suaminya sedaya upaya untuk menjadi ketua keluarga yang lebih baik daripada sebelumnya.
“Saya gembira dan alhamdulillah. Saya bersyukur bila kata nak berubah. Dia pun tidak lagi terlalu beriya-iya untuk buat konten di media sosial dan banyak lebihkan masa bersama keluarga.
“Memang dia cuba bersungguh-sungguh… banyaklah perubahannya itu,” kata Shahida.
Aliff pada masa sama akui pada fasa sekarang, dia perlu memilih di antara wang ringgit atau maruah serta keluarga.
“Dulu bila saya lakukan program di YouTube, saya pernah dapat bayaran kira-kira RM100,000. Cuma pada ketika ini, saya kena pilihan antara duit atau kematangan.
“Kita mungkin akan dapat duit, tapi kita akan hilang keluarga, darjat dan akan buatkan kita nampak murah. Mana satu yang saya nak? Sejak itulah, saya fikir diri ni sudah tua, umur 34 tahun.
“Anak saya pun dah nak sama tinggi dengan saya. Kadang-kadang bila hantar anak ke sekolah, ada rakan dia yang beritahu mereka nampak saya di media sosial. Sedikit sebanyak buat saya terfikir mengenai komen yang mengecam dan sebagainya.
“Boleh dikatakan fasa ini berlaku secara semula jadi. Bahkan bila bapa kandung meninggal dunia, saya ada terfikir ‘kalau aku mati esok, adakah aku akan tinggalkan video yang tak baik atau tak bagi manfaat pada orang? Saya taklah kata saya ni malaikat, cuma saya cuba nak jadi lebih baik,” katanya lagi.
Aliff yang pernah muncul menerusi single, Cuba Bahagia itu berkata demikian ketika ditemui di majlis Pameran Pra-Pelancaran Gintel S7 SuperChaiR, di Sunway Pyramid, baru-baru ini.
Dalam majlis itu, dia turut diperkenalkan sebagai E-Ambassador untuk produk terbabit. Turut sama meraikan pelancaran terbabit ialah Pengarah Kumpulan Pengurusan Gintell, Dato’ Goh Cheh Yak.
“Saya rasa gembira. Teruja juga pada masa sama, sebab ingatkan bila ada kontroversi ni mungkin dah tak laku. Tapi ada juga rezeki, syukur alhamdulillah.
“Sejujurnya saya memang pengguna Gintell dan kisahnya ada sebelum ini ada buat ‘live’ di Instagram, menyatakan saya sedang berurut dengan ‘kerusi’ jenama berkenaan sehinggalah pihak mereka menghubungi saya secara ‘direct mesagge’.
“Daripada situlah proses tawaran itu berlaku. Saya menjadi duta selama setahun dan antara komitmen yang saya perlu lakukan setakat ini ialah melakukan promosi di media sosial selain menghadiri majlis yang dianjurkan mereka,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mendedahkan dia sebenarnya sudah pun mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan buat kali pertama sebagai seorang isteri.
Jelas Mira, tugas dan tanggungjawabnya kini boleh disifatkan amat berbeza jika ingin dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
“Tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir.
“Dalam kepala dah set ‘Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat. Tak ada dah bangun bangun sahur terus makan Mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong-tolong kacau gulai je sambil teman Mak masak. (Teman eh, bukan masak tau teman je.) Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas’.
“Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan (masak before berbuka, LOL. Kita pulakk sejenis setiap kali masak tu rasa sampai 3, 4 kali baru confident. Macam macam lahh. Preparation nii,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Nona itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun, setelah melihat jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan ini, Mira mendedahkan dia hanya mempunyai beberapa hari cuti sahaja untuk berbuka puasa serta sahur bersama suami dan juga ahli keluarga yang lain.
“Tengok tengok, jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa. 🥲 (disebabkan MCO hari tu. bukan salah sesiapa) Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak @faeezahisan, Abah, keluarga lain, Atuk dgn Opah lagi lah.
“Hmmm tak dapat balik kampung. Kita outstation pula tu. Hmmmm..Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yg betul,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Mira turut dilihat menitipkan ucapan maaf buat suaminya itu kerana berkemungkinan besar jdia arang berada di rumah sepanjang bulan Ramadan ini.
“Sorry Sayang i, @wanemirastar. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.
“AND, congratulations for your new app! KORANG, boleh download app yang Emir baru sahaja usahakan, ‘Tarteel’!
“Aplikasi bacaan dan hafalan Al-Quran yang dinamakan Tarteel, powered by voice recognition and ‘AI Machine Learning’ to help improve and assist our memorization.
“Mana tahu ada target nk hafal surah-surah baru utk Ramadhan tahun ini, haa download and try okay! Selamat berpuasa semua,” katanya lagi.
Terdahulu, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 Ogos 2020 setelah hampir setahun menyulam cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Azlan & The Typewriter berkongsi perasaanpilu apabila memaklumkan perkembangan bapanya selepas dijangkiti Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle, 39, lagi, bapanya yang berusia dalam lingkungan 60-an turut menghidap penyakit buah pinggang dan diabetes, menyebabkan status kesihatannya dilaporkan kian merosot selepas disahkan positif wabak berkenaan.
“Bila dapat tahu… kondisinya teruk. Saya sebenarnya mampu berserah sahajalah. Apa yang tertulis, saya laluinya dengan reda. Kuasa tuhan sebenarnya.
“Harapan saya, semoga ada keajaiban tuhan, kalau bapa boleh sembuh seperti sedia kala, alhamdulillah,” katanya.
Azlan bagaimanapun sempat bertemu dengan bapa kandungnya itu sebelum ini.
“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sekitar bulan lalu sebelum dia disahkan positif Covid-19.
“Keadaan ini sukar dijangka kerana sesiapa saja mungkin dijangkiti. Apabila tiba masanya, jaga bagaimana pun, kita tetap kena juga,” katanya.
“Bapa dimasukkan ke hospital kira-kira dua minggu lepas dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejurus dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.
“Saya harap keluarga saya kuat berdepan dugaan ini,” katanya.
Azlan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran label muzik, Indigital Music Sdn Bhd di restoran 10 Gram, Puchong, Selangor pada Selasa.
Sementara itu katanya kepada MH, berkata ahli keluarganya yang lain bagaimana pun disahkan negatif Covid-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...