Nora Danish mendedahkan, konflik yang berlaku di antaranya bersama aktres, Fasha Sandha bakal berakhir selepas kes sindir menyindir mereka tahun lalu bakal di sebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam masa terdekat.

Katanya lagi, dia mengharapkan ini adalah jalan pendamaian terakhir melibatkan kemelut yang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Nora, 36, menerusi kenyataan ringkas yang disampaikan kepada rakan media, turut menjelaskan apa yang diberitahunya itu ialah nokhtah kepada segalanya.

“Inilah Nokhtahnya…” – Jalan Pendamaian Nora Danish, Fasha Sandha

“…between me against Fasha for defamation, I shall make a statment as soon as i receive the sealed order of the Court which should be very soon. Very soon. Korang nantikan okay,” jelasnya.

Ditanya pandangan mengenai kes yang berlaku seperti tiada pasang surut, Nora menjelaskan jalan tersebut adalah nokhtahnya.

IKLAN

“Inilah dia. Apa yang Nora akan beritahu nanti, inilah nokhtahnya,” jawab Nora ringkas berhubung kes yang berlaku lebih setahun lalu itu.

Mengharapkan semuanya berjalan dengan baik, ibu kepada dua cahaya mata itu turut beroada agar konflik yang berlaku dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Memang akan jadi yang terakhir. Saya positif, very positif,” katanya lagi.

Terdahulu, Nora ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Sophee di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pada Rabu. Turut sama hadir memeriahkan program berkenaan ialah Heliza, Emma Maembong, Elfira Loy, Izara Aishah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

IKLAN

Sebelum ini menerusi sebuah portal hiburan, kedua-dua pelakon itu didakwa mungkin sudah berdamai selepas mereka dilihat hadir di Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam, beberapa hari lalu.

Pada Mei tahun lalu, kedua-dua aktres ini menjadi kontroversi apabila Fasha didakwa telah menuduh aktres itu menghalaunya pada sebuah majlis pertunjukkan fesyen.

IKLAN

Kemudian, Nora dalam satu sidang media pada 12 Mei 2017 memberitahu hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon terbabit yang dirasakan telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya.

“Inilah Nokhtahnya…” – Jalan Pendamaian Nora Danish, Fasha Sandha

Dalam perkembangan lain, Nora dijadualkan bakal kembali ke set penggambaran Julai depan untuk sebuah drama rantaian bersama Shukri Yahya.

“Excited sebab dah lama tak shoot. InsyaAllah kami akan jalani penggambaran untuk selama bulan. Drama berkenaan adalah sebuah kisah cinta yang ada thriller sikit. Malah skrip pun lain daripada yang lain,” akhiri Nora yang kali terakhir beraksi menerusi filem Bukan Cinta Malaikat.

Foto: Instagram Nora Danish, Fasha Sandha & MH

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI