“Inilah Baju & Seluar Arwah Suka Pakai,”-  Terlalu Rindu, Roslan Shah Sarung Baju Tidur Arwah Ibu

Share

Kerana terlalu rindu akan arwah ibunya, pengacara Roslan Shah telah menyarungkan pakaian tidur yang sering dikenakan Allahyarhamah bondanya, Mariam Kari.

Kongsi Roslan atau mesra disapa Cik Lan, dia tidak dapat menahan perasaan rindunya apabila pulang ke kampung halaman saat memasuki kamar tidur ibunya itu.

Sekali gus, Cik Lan telah mengenakan pakaian tidur (baju dan seluar) berwarna biru yang sering dipakai arwah.

“Hilangkan rindu Arwah Ibu tercinta cik Lan ….Pakai Baju Dan Seluar Yang selalunya Cik Lan Kasi Pakai setiap kali selepas cik lan Kasi Mandi Dan tukarkan Pampers Inilah pakaian Baju Dan seluar Yang Arwah Ibu tercinta cik Lan suka Pakai warna Biru.

“Maaf ya apabila kalau balik rumah pasti cik Lan Akan sebak Dan sedih kalau masuk ke Bilik kerana sudah kebiasaan Cik Lan Dan Arwah Ibu Kami versus Dalam bilik tidur Sama Sama Serta melayan Arwah Ibu cik Lan Dan cik Lan suka gurau senda bersama ya,” tulisnya.

Dalam masa sama, Cik Lan bersyukur kerana dapat berbakti menjaga ibunya semenjak jatuh sakit enam tahun lalu.

“Alhamdulillah Cik Lan dapat menjaga ibu tercinta cik Lan semenjak jatuh sakit selama 6 Tahun…Walaupun Arwah Ibu tercinta cik Lan masa sihat Dan sakit tetap cik Lan Akan bersamanya.

“Kasih Sayang terhadap Arwah Ibu tercinta cik Lan adalah Wanita No.1 di Mata cik Lan kerana banyak mengajar cik Lan untuk menghormati orang Tua dan Kepada Sesiapa saja Dan Jangan sombong Kepada orangi luar Di Sana…itu selalu pesan Ibu tercinta cik Lan,” akhirinya.

Terdahulu, arwah pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac 2019 sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat pada Oktober tahun sama.

Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tempines Street, Singapura.

Foto : Instagram Roslan Shah

IKLAN