
Aktres Fasha Sandha mengakui kerjaya sebagai anak seni menuntut komitmen yang tinggi hingga ada ketika ia membataskan waktunya bersama keluarga tercinta.
Menerusi hantaran di Instagram, Fasha tersentuh apabila melihat tangisan anak bongsunya, Aisha Amaira yang terus mendakapnya selepas seharian tidak bertemu.
View this post on Instagram
“Saya minta maaf kerana saya bekerja terlalu keras. Saya memang berharap dapat luang lebih masa bersama awak sayang.
“Inilah akibat selalu keluar subuh anak masih tidur dan balik tengah malam (anak sudah tidur),” tulisnya pada ruang kapsyen.
Pernah Terfikir Tinggalkan Lakonan
Kongsi Fasha lagi, situasi berkenaan pernah membuatkan dirinya terdetik untuk meninggalkan kerjaya lakonan dan memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarga.

Namun, pelakon filem Anak Halal itu menyifatkan dunia lakonan sudah sebati dalam dirinya dan merupakan impian yang dipupuk sejak dahulu.

“Kadang-kasang rasa nak berhenti berlakon sebab masa memang tak pernah cukup. Tapi ini adalah minat saya.
“Saya sayangkan anak-anak Rayfal, Jamyma dan Aisha. Saya minta maaf,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Aisha merupakan anak hasil perkahwinan Fasha bersama pelakon, Aidil Aziz.
Sebelum itu, Fasha turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma hasil perkahwinan terdahulu bersama Rizal Ashram Ramli.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih hampir sejuta tontonan dan lebih 15,000 tanda suka di Instagram.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




