Beberapa minggu yang lepas kita telah dikejutkan dengan kematian vokalis utama SHINee, Jonghyun yang telah membunuh diri akibat kemurungan.

Walaupun kematiannya menimbulkan pelbagai kontroversi dan pergaduhan dikalangan netizen, namun sebagai langkah menghormati ramai yang turut memberi simpati dan tumpang bersedih dengan nasib yang menimpa penyanyi tersebut.

Namun baru-baru ini, pelakon Janna Nick dan Sharifah Sakinah telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dikatakan langsung tidak sensitif dengan apa yang terjadi.

Melalui ruangan Insta Stories milik Sakinah, dia ada memuat naik video di dalam sebuah salon yang memaparkan Janna sedang di warnakan rambut.

Secara bergurau Sakinah telah mengeluarkan kata menyindir Janna…

“Wow, ni yang mati tu kan?”

Dengan spontan, Janna telah ketawa besar seakan memahami dengan apa yang ingin disampaikan oleh Sakinah.

IKLAN

Namun ramai pula yang kurang senang dengan tindakan mereka berdua kerana bersikap tidak menjaga sensitiviti seseorang terutamanya apabila individu tersebut telah tiada.

Di Twitter ramai yang tidak berpuas hati terutamanya peminat Kpop sendiri dan meluahkan rasa kekesalan mereka terhadap gurauan tersebut.

IKLAN

Bagaimanapun Janna telah tampil kehadapan dan memohon maaf atas apa yang terjadi.

IKLAN

Menurutnya dia langsung tidak tahu Sakinah cuba menujukan pada siapa kerana tidak fokus dan ambik serious dengan apa yang Sakinah cuba sampaikan.

‘Ini Yang Mati Tu Kan?’ Netizen Kesal Sharifah Sakinah & Janna Nick Persendakan Artis Kpop

Bagi MH kalau boleh elakkan lah bergurau dengan cara seperti ini. lebih lagi bila bercakap tentang seseorang yang sudah tiada. Bayangkan jika yang dipermainkan itu salah seorang dari ahli keluarga kita tidak ke kita akan turut terasa?

Apapun diharap selepas ini Janna dan Sakinah lebih berhati-hati apabila bergurau lagi-lagi kalau perbualan tersebut didedahkan secara umum.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI