Sudah pun memasang niat murni seiring dengan perkembangan dunia nyanyiannya dalam seni, Mila Jirin, 31, mengakui suatu ketika dahulu dia acap kali menyertai projek amal. Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar menyumbangkan tenaga dan suara.

Memandangkan pada waktu itu, bekas juara Akademi Fantasia musim kelima ini masih belum berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit.

Ini Syarat Suami Sebelum Izin Mila Jirin Rakam Lagu Baru Selepas Tiga Tahun Tak Masuk Studio

“Selalunya, saya hanya mampu pandang orang yang menghulurkan derma saja. Niat tu ada dan memang teringin menderma seperti mereka, tetapi tiada berkemampuan. Waktu itu saya masih mencari tapak kukuh membina kerjaya.

 

“Apa pun kini, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana niat yang disemat sejak sekian lama akhirnya dipermudahkan apabila saya mulai menghulurkan sumbangan sekadar termampu. Benar, pengalaman hidup lalu membuatkan saya tidak sesekali boleh melupakan insan dalam kesusahan,” katanya kepada MH.

Sebagai permulaan, teraju kepada Bizmilla Catering mengambil inisiatif dengan merakamkan beberapa single terbaharu dan hasil yang diperoleh menerusi lagu tersebut akan disalurkan kepada Unit Salam, Muslim Volunteer Malaysia.

IKLAN

Ini Syarat Suami Sebelum Izin Mila Jirin Rakam Lagu Baru Selepas Tiga Tahun Tak Masuk Studio

“Diakui pada awalnya suami tidak mengizinkan saya kembali aktif menyanyi. Dia bimbang andai saya terbuai hingga mampu menjejaskan perniagaan dan fokus terhadap keluarga. Sementara saya pula rindu menyanyi selepas lebih tiga tahun tidak masuk studio rakaman.

 

“Akhirnya selepas puas memujuk, suami bersetuju tetapi ada syarat. Dia mahu saya menyanyi lagu-lagu Islamik dan mempunyai bait lirik positif dan setiap sen pendapatan yang diperoleh disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dana segera,” kongsi Mila yang baru sahaja selesai menunaikan umrah baru-baru ini.

Ditanya mengapa memilih organisasi berkenaan sebagai perantarannya dalam sisi kebajikan, Mila mengakui hatinya mudah tersentuh apabila bercakap mengenai anak.

IKLAN

Unit Salam menyalurkan derma untuk kanak-kanak yang berdepan dengan masalah kesihatan dan memerlukan dana segera. Hati mudah tersentuh selepas melahirkan anak lebih setahun lalu.

IKLAN

Ini Syarat Suami Sebelum Izin Mila Jirin Rakam Lagu Baru Selepas Tiga Tahun Tak Masuk Studio

“Saya sebak melihat kanak-kanak yang terlantar sakit tetapi kekurangan duit untuk pembedahan atau rawatan segera,” luah Mila.

Terdahulu, bintang asal Pulau Pinang ini telah bekerjasama dengan komposer seberang, Sigit Baskara. Jelas Mila, dia mengenali komposer tersebut kira-kira empat tahun lalu dan hanya berpeluang bekerja dengannya awal tahun ini, sekali gus merakamkan tiga single.

“Lagu pertama berjudul Adam & Hawa. Menariknya, lirik lagu ini diterjemahkan menerusi al-Quran yang menceritakan pertemuan Nabi Adam AS dan isterinya, Hawa selepas 200 tahun terpisah.

 

“Saya melihat Sigit memiliki ilmu seni yang halus. Dia mentafsir al-Quran untuk menghasilkan lirik lagu berkenaan,” kongsinya yang turut menjalankan penggambaran tiga video muziknya itu di di Gumuk Pasir Parangkusumo dan Pantai Parangtritis.

Foto: Ihsan Mila Jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI