“Ini Serius Lawak…Yang Nazim Pun Sporting Layan,”- Sheila Rusly Bagi Punchline Dekat Nazim Othman, Lucu Habis!

Share

Siapa yang tidak mengenali penerbit dan pengacara rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly.

Baru-baru ini isteri kepada pengarah Azman Hj Yahya atau Jinggo itu telah memuat satu video menerusi akaun Instagram miliknya .

Apa yang menarik, rakaman video tersebut telah memaparkan adegan kelakar Sheila bersama pelakon tampan, Nazim Othman.

“Bukan semua visual boleh keluar tv..tapi boleh kluar youtube.. subscribe now!! Youtube Sheila Rusly #ketukketukramadan #musimterakhir#musimke15 #jspictures#sentiasabersyukur #alhamdulillah”tulisnya.

Kemudian, adegan perbualan mereka berdua telah menjadi perhatian netizen kerana berasa kelakar melihat gelagat keduanya.

“Kita goreng dulu burung kita, alaa burung kita. Sis terlepas cakap kita goreng dulu burung kita…Eh tak boleh kita keluar TV bulan ramadan…Nasib baik saya cakap kita goreng dulu burung kita, daripada saya cakap kita goreng dulu burung dia?”kata Sheila.

“Wow! Jangan goreng, nak pakai lama.”jawab spontan Nazim.

Jadi, ruangan komen pada video tersebut turut dihujani dengan komen netizen yang terhibur melihat rakaman video berkenaan.

Video : Instagram Sheila Rusly

IKLAN