Namanya dahulu pernah menjadi tular gara-gara video menangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Namun, sebenarnya ia adalah gimik untuk pelancaran video lagu Pematah Hati milik bekas bintang Akademi Fantasia, Nur Nabila Mohd Razali.
Kini Nabila sudah tidak sendiri lagi, apabila telah menjadi suri hati kepada ahli perniagaan Nik Iruwan pada 18 November tahun lalu. Malah, penyanyi dan pelakon yang sememangnya bijak bergaya dan cukup stailo meski mengenakan hijab ini terlihat semakin manis sejak bergelar isteri.
Nabila Pernah Alami Fasa Hati ‘Goyang’
Tapi siapa sangka sebelum ini, hatinya pernah ‘goyang’ ketika mula-mula berniat untuk berhijab.
Tika pertama kali menyatakan hasrat berhijab pada 2002, Nabila akui cukup teruja. Namun bukan semudah itu untuk terus kekal menjaga aurahnya. Pelbagai rintangan perlu dilaluinya untuk menetapkan hati dalam menjaga penampian sebagai gadis Muslimah.
“Sejak tahun 2012, iaitu setahun sebelum saya menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia (AF). Itupun sempena Maal Hijrah pada tahun tersebut kerana pada pengamatan saya, rasa hormat rakan-rakan sekeliling amat berbeza antara kita berhijab dengan tidak.
Ads
“Sebelum berhijab, mereka terlalu senang untuk dekat dengan saya dan tidak terlalu menjaga batas pergaulan. Bermula pada detik itu, saya merasakan mahu buka buku baru. Terfikir juga sampai bila mahu berpenampilan tanpa hijab. Umur pula semakin meningkat. Walaupun masih belum sempurna, saya yakin ia merupakan satu langkah untuk mula menjadi manusia yang lebih baik.
“Rakan-rakan yang rapat dengan saya memang sudah lama menggalakkan saya untuk berhijab. Ada juga sindiran-sindiran manja daripada mereka. Apabila difikirkan semula, apa salahnya untuk saya menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslimah. Apa yang saya dapat lihat, cara mereka bergaul dengan saya juga agak berbeza daripada sebelumnya.
“Kadang-kadang ada juga terbawa-bawa perangai lama, namun mereka memberi teguran dan menasihati saya. Ibu dan ayah pula jenis tidak kisah tetapi mereka mengingatkan saya untuk terus istiqomah dan tidak hanya separuh jalan. Itu merupakan satu amanah untuk dijaga dan tiada alasan untuk toleh ke belakang semula. Selagi mana boleh dijaga, kita perlu jaga.
Ads
Akui Istiqamah Sukar Untuk Digapai
“Bagi saya, untuk kekal istiqamah adalah satu perkara yang amat sukar. Lebih-lebih lagi jika dikelilingi rakan-rakan yang ‘hot’, kadang-kadang hati akan goyang juga. Walau bagaimanapun, apa-apa dugaan yang mendatang ia sebenarnya berbalik kepada hati sendiri. Hati perlu kuat dan kena berbalik semula kepada niat kita untuk berhijab. Apabila memulakan langkah untuk berhijab, rasa malu terbit sedikit demi sedikit untuk meninggalkan amalan wajib yang lain.
“Sewaktu berada di Akademi Fantasia, rasa tergugat jugalah kena sentiasa berjaga-jaga dalam berpakaian dan bergaul. Dalam bab berfesyen, saya rasa sudah tiada masalah sekarang kerana sudah ramai pereka-pereka fesyen yang sudah mula menghasilkan busana-busana yang sesuai buat mereka yang berhijab. Walaupun berhijab, masih boleh mengikut trend.
Ads
Nabila yang kini semakin sibuk menjalani kehidupan sebagai wanita bekerjaya dan dalam masa sama menguruskan keluarga sebagai seorang isteri. Dia juga turut menyimpan harapan untuk menjadi insan lebih baik untuk dunia dan akhirat.
Jika sebelum ini, selebriti sensasi, Fathia Latiff dilihat kurang senang bila ada pihak yang cuba membandingkan kecantikkannya dengan orang lain.
Namun, berbeza pula kali ini apabila Fathia tidak malu untuk mengakui kenyataan bahawa adiknya yang juga merupakan personaliti media sosial, Dr. Fasiha Latiff jauh lebih cantik daripada dirinya.
“Ini betul. Ini paling betul. Dia seorang yang menawan dan lagi cantik daripada saya. Saya mengakui perkara itu,” katanya.
Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Arianna Rose itu menerusi satu sesi siaran langsung yang dimuatkan naik kembali di akaun Tik Tok Media Hiburan.
Katanya lagi, adiknya itu bukan sekadar cantik tetapi kini sedang melebarkan sayapnya untuk bekerja Ireland.
“Dia merupakan seorang doktor. Ketika ini dia sedang berada di Dublin,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui kejelitaan Dr. Fasiha selain turut mengagumi reputasi yang dimiliki keluarga Fathia.
“Baru tahu rupanya adik Fathia Latif iaitu Fasiha Latif adalah seorang doktor. A beauty with brain. Hebat juga rupanya keluarga Fathia Latiff ni.
“Adik beradik dia semua lawa-lawa yang pempuan. Farhana pun cantik juga. Memang baka cantik diorang ni. Macam family Senrose. Cantik-cantik belaka.
“Dr. Fasiha sangat baik orangnya. Senang bekerjasama dengan dia.
“Betul. Pernah solat dengan Dr. Fasiha waktu bertugas di HKL. Memang cantik gila. Walaupun tak make up. Waktu tu terpegunlah dengann kecantikan dia,” antara komen netizen.
Sekadar informasi, Fasiha kini difahamkan berada di Dublin, Ireland untuk bekerja dan pada masa sama sedang menyambung pengajian untuk mendapatkan kepakaran dalam bidang kardiologi.
Terdahulu, Fasiha pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) sebelum meneruskan kerjayanya di sebuah klinik swasta di ibu kota.
Fasiha juga telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Dr. Hazheem pada tanggal 19 September 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon Nur Fathia Latiff menjadi bualan ramai susulan perkongsiannya terhadap pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza.
Terbaharu, Fathia menegaskan dia tidak gemar dipanggil Ariana Rose iaitu salah satu watak yang pernah dibawanya sebelum ini.
Malah, dia lebih selesa disapa sebagai Fatia atau Fathia dan tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya perkara tersebut dinafikan.
“Shut the f*ck up. Dont call me Ariana Rose. I f*cking dont like it. Call me Fatia aka Fathia. Whoever breach this, which i dont like i will report to the authority.
“It is under FC law of Personal Liberty. Thank you,” tulisnya menerusi satu hantaran di Insta Stories, pada Jumaat.
Menerusi hantaran seterusnya, Fathia ada bertanya kepada warganet, tulisnya sambil disusuli emoji;
“Asal korang nak bitter lebih-lebih sangat pasal Z & A, cuba check laki korang dah pernah kongkias ngan sapa-sapa tak? Sick Malaysian peeps.”
Bagaimanapun hasil tinjauan terkini, hantaran tersebut sudah pun dipadamkan.
Terdahulu, Fathia hangat diperkatakan warganet selepas didakwa mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.
Fathia juga menegaskan dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada tahun 2016.
Selepas Zahirah, Fathia berbalas respon berbaur sinis bersama bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.
Dia kemudiannya ada memuat naik dua keping foto berkaitan aktor Aiman Hakim Ridza.
Aiman dan Fathia sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.
Manakala, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.
Pasangan tersebut juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira di Instagram, pertengahan Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rakan penyampai Suria Petang di Suria FM bersama Tyzo Xander, Sharifah Shahirah menitipkan dedikasi selepas stesen radio berkenaan mengumumkan bahawa khidmat Tyzo Xander, berakhir pada Jumaat.
Shahirah yang mesra disapa Kak Rara sepanjang mengendalikan segmen tersebut bersama Tyzo turut meminta pendengar agar terus menyokong Suria FM.
“Nice working with @tyzoxander, Dj Syatu 2023. Patah sayap sebelah.
“Tak tahu berapa lama pula nak pulih… Kalau nombor 1 tak bertukar.
“Kena support Suria FM. Kalau tak bertukar je kami, next…,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Rata-rata peminat turut memberikan reaksi pelbagai susulan pengumuman yang telah dibuat.
Terdahulu, Suria FM di dalam kenyataan media menjelaskan, keputusan tersebut dilakukan sebagai langkah stesen radio itu dalam merangka strategi dan perancangan baru.
Ia untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.
“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.
“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.
“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, selaku Pengurus Besar Suria FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.