Sebagai ibu bapa, tentu ada rasa terkilan dan sedih apabila rupa anak menjadi bahan ejekan netizen yang tidak bertanggungjawab.

Susulan isu anak Nora Danish dihina netizen, Awal Ashaari mempunyai pandangannya yang tersendiri.

“Saya sememangnya amat memahami perkara ini. Orang ramai bercakap perkara yang buruk mengenai anak kita.

“Tapi, ALLAH SWT itu maha berkuasa. Lagi banyak orang bercakap buruk mengenai insan yang tidak berdosa, lebih banyak rezeki dan kegembiraan yang ALLAH SWT bagi kat kita,” tulisnya.

Berikutan itu, Awal turut memberikan kata-kata nasihat untuk ‘melawan’ segala kata-kata negatif tersebut.

IKLAN

“Jadi, kita ‘angkat muka’ dan biarkan mereka berkata-kata sementara kita besarkan anak kita untuk menjadi insan yang lebih baik. InsyaALLAH,” tulisnya lagi.

Ini Respon Awal Ashaari Bila Isu Anak Nora Danish Dihina

Terdahulu, di comel Lara Alana pernah menjadi mangsa ejekan netizen apabila digelar ‘sindrom down’ berikutan rupanya dikatakan ada iras-iras sakit tersebut.

IKLAN

Ini Respon Awal Ashaari Bila Isu Anak Nora Danish Dihina

Terbaru, anak pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri pula menjadi mangsa apabila sering dihina dan digelar panggilan yang tidak elok oleh netizen.

IKLAN

Akibat tidak tahan dengan kata-kata hinaan tersebut, Nora berkongsi dua akaun individu yang sering menggelarkan anaknya dengan gelaran ‘shrek’ dan kata-kata kesat.

Sumber & Foto: Instagram Awal Ashaari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI