Uncategorized

Ini Ranking GV5 Minggu Ketiga: Amelina Sekali Lagi On Top, Kedua Farawahida. Cuma yang lainya…

Share

Penyanyi Amelina mengekalkan prestasi memberansangkan pada minggu ketiga saingan Gegar Vaganza musim kelima (GV5) apabila dia sekali lagi menduduki carta teratas.

Minggu lalu, tempat pertama disandang Noryn Aziz dan Amelina di tempat kedua.

Sementara itu, tempat kedua minggu ini diduduki Farawahida dan ketiga, Noryn Aziz.

Ini dia markah keseluruhan bagi setiap peserta yang turut menyaksikan Elite sebagai peserta kedua yang tersingkir untuk GV musim ini.

1. Amelina, 81.8% (Segalanya Pasti)

2. Farawahida, 72.6 % (Rindu Merindu)

3. Noryn Aziz, 70.6% (Kabut Serangkai Mawar)

4. Dia Fadila, 59.2% (Dondang Dendang)

5. Zamani, 59% (This Love)

6.Hetty Sarlene, 57% (Pawana)

7.. Shafie Rio, 54.5% (Yang Penting Hepi)

8. Maya, 54% (I Have Nothing)

9. Forteen, 53% (Suci Dalam Debu)

10. Billy Zulkarnain, 51.5% (Mahakarya Cinta)

11. Elite, 49.5% (Ku Bahagia)

Jelas juri tetapnya, Datuk Ramli MS, prestasi para peserta minggu ini akan terkebelakang.

“Markah yang diberikan ialah refleksi kepada persembahan mereka. Boleh saya katakan, minggu ini kebanyakannya tidak memberi persembahan yang menyakinkan.

Muzik yang ‘makan’ para penyanyi. Minggu depan, cabaran akan lebih sengit kerana mereka terpaksa berduet dengan penyanyi lain,” katanya kepada MH.

Foto/Instagram: Astrp Gempak

IKLAN