Uncategorized

Ini Perkara Pertama Yang Yeri (Red Velvet) Ingin Lakukan Jika Lulus Lesen Memandu!

Share

Alahai, kelakar betul bila MH baca cerita ‘maknae’ kumpulan Red Velvet, Yeri, 19 tahun ini berkaitan dengan apa perkara pertama yang dia nak lakukan apabila dapat lesen memandu.

Semasa dalam sebuah rancangan radio baru-baru ini, Yeri berkongsi apa yang dia nak lakukan apabila melangkah ke alam ‘dewasa’ kelak.

“Saya nak memandu kereta. Tapi, saya boleh sah dapat lesen ketika berumur 19 tahun jadi buat masa ini tak boleh lagi ambil.

“Setakat ini, tiada satu pun ahli kumpulan kami yang mempunyai lesen kerana kami sering kemana-mana sambil ditemani ‘manager’.

“Tapi…bila saya dah dapat lesen nanti, saya nak larikan diri,” katanya.

Pendedahan itu mengejutkan ahli Red Velvet yang lain. Pada MH, dia pun nak lari ke mana sebab sebagai selebriti ‘Hallyu’, semua orang kenal akan dirinya.

Untuk pengetahuan korang semua, umur sah dapat memandu di Korea Selatan adalah 19 tahun dan umur mereka haruslah diikuti dengan tarikh lahir. Yeri dilahirkan pada bulan Mac 1999 menyebabkan dia masih lagi berumur 18 tahun.

Dalam pada itu, Yeri juga mendakwa bahawa dia bersama ahli kumpulannya turut berjanji untuk sama-sama mendapatkan lesen.

Apa-apa pun MH ucapkan semoga ahli kumpulan Red Velver berjaya lulus dan dapatkan lesen mereka supaya Yeri dapat melarikan diri.

IKLAN