Lama MH tak dengar berita mengenai Sharifah Amani kan? Mungkin dengan lambakan pelakon baru di industri sekarang, makin susah nak dengar khabar berita mengenai ‘orang lama’.

Ternyata, ramai juga peminat aktres ini yang merindui untuk lihat Nani beraksi di hadapan kamera apabila sering bertanya mengenai ‘kehilangan’ aktres tersebut.

Mungkin merindui aksi di hadapan kamera, Nani memuat naik status menjawab pertanyaan ramai di laman Twitter miliknya mengatakan bahawa dia bakal muncul dengan 5 filem tahun ini.

“InsyaALLAH, tahun ini saya ada 5 filem yang akan keluar. ‘Mencari Rahmat’, ‘Zombitopia’, ‘Sekolahaha’, ‘Motif’ dan GolGincu2. Semoga dipermudahkan.

“Pada yang selalu komen ‘Akak pergi mana? lama tak nampak’, mudah-mudahan sudi-sudi lah ke pawagam nanti ya,” tulisnya.

IKLAN

Haa…amek kau! 5 sekali filem tau… Rasanya peminat lepas ini dapat lah lepaskan rindu nak tengok kehebatan pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 Aktres serta Terbaik Anugerah Skrin 2009 dan 2014 ini.

Pemilik nama yang lebih mesra dipanggil Nani bukan calang-calang orangnya, tidak hanya hebat di depan kamera, malah dia juga telah membuktikan kemampuannya di arena belakang tabir.

IKLAN

Dalam pada itu, Nani juga ada berkongsi para pengarah Filem lakonannya di laman Twitter. Antara yang menarik perhatian MH adalah salah satu pengarahnya adalah, Vlogger, Mat Luthfi. Wow! macam seronok je.

IKLAN

Apa-apapun, MH tak sabar nak tunggu filem ni keluar panggung. Para peminat pun harap bersabar ya.

sumber: Twitter Sharifah Amani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI