Ads

“Ini Pandangan Peribadi Tanpa Melibatkan Mana-Mana Pihak,” – Kurang Program & Saingan Influencer? Fad Bocey Seru Pelawak Cari Inisiatif Sendiri

Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey akui industri komedi tempatan kini bergerak perlahan disebabkan kekurangan program dan platform untuk menyerlahkan bakat di media arus perdana.

Menurut Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, mereka kini harus bijak dan kreatif dalam mengatur perancangan kerjaya masing-masing.

“Ini Pandangan Peribadi Tanpa Melibatkan Mana-Mana Pihak,” – Kurang Program & Saingan Influencer? Fad Bocey Seru Pelawak Cari Inisiatif Sendiri

“Ini pandangan peribadi saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Kitaran dunia pelawak ini seakan sudah berubah. Mahu atau tidak, kita kena terima. Dunia kami ibarat roda. Kini kami berada di kitaran yang agak ke bawah.

“Malah rata-rata pelawak yang saya kenal, semuanya sudah ada inisiatif sendiri. Sebab itulah ada di antara kami yang buat podcast atau ‘stand up’ komedi.

“Saya cakap terus terang, kami ini setahun sekali sahaja dapat masuk TV. Bila ada pertandingan, barulah kami dipanggil. Kalau nak cakap kecil hati, memang kecil hati pun.

“Apa-apa majlis anugerah pun tak pernah dijemput. Namun, kami tidak rasa dipinggirkan. Ia perkara biasa,” katanya kepada MH.

Ads

Terus Berdikari Demi Relevan

Dalam masa sama, Fad turut akui barisan pelawak tempatan juga perlu bersaing dengan pendatang baharu terutamanya daripada golongan pempengaruh yang turut mencuba nasib dalam dunia komedi.

“Ini Pandangan Peribadi Tanpa Melibatkan Mana-Mana Pihak,” – Kurang Program & Saingan Influencer? Fad Bocey Seru Pelawak Cari Inisiatif Sendiri

“Kini persaingan semakin besar dengan adanya barisan influencer. Ramai pendatang baharu yang mendominasi bidang ini. Namun, saya tidaklah berasa dengki. Mereka ini juga merupakan kawan-kawan baik saya.

“Pada pandangan saya, situasi industri ketika ini sangat merisaukan. Tak seperti di Indonesia. Perkembangan dunia komedi mereka sudah semakin jauh ke hadapan.

Ads

“Namun, kita tak boleh nak buat perbandingan secara terus. Populasi mereka besar. Walaupun berjalan sendiri, mereka mampu survive. Mahu atau tidak, kami tetap perlu mengharapkan tv untuk muncul di dunia mainstream.

“Malah, kami juga perlu aktif di media sosial. Ada yang tanya, tak malu ke selalu buat live di Tik Tok. Habis tu kami nak perform di mana lagi? Itu sahaja platform yang kami ada,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Fad turut merasakan para perlu mencari insiatif sendiri untuk terus kekal relavan dan tidak boleh hanya mengharapkan peluang daripada stesen tv yang kini semakin terhad.

Ads

“Ini Pandangan Peribadi Tanpa Melibatkan Mana-Mana Pihak,” – Kurang Program & Saingan Influencer? Fad Bocey Seru Pelawak Cari Inisiatif Sendiri

“Zaman sudah berubah. Berbeza ketika saya mula bertapak pada 2013. Ketika itu ada kumpulan-kumpulan otai seperti Jambu, Jozan dan ramai lagi. Kita ada program seperti Super Spontan, Maharaja Lawak atau telemovie raya.

“Seperti saya dan kawan-kawan lain yang ada pekerjaan tetap, mungkin okay bagi kami. Namun, untuk pelawak yang tiada apa-apa program dan hanya mengharapkan pertandingan, agak mencabar juga bagi mereka,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Fad turut diumumkan sebagai salah seorang hos yang akan mengendalikan program Selangor Havoc Raya Fest 2.0 yang akan berlangsung di Setia City Convention Center bermula 12 hingga 16 Mac depan.

“Ini Pandangan Peribadi Tanpa Melibatkan Mana-Mana Pihak,” – Kurang Program & Saingan Influencer? Fad Bocey Seru Pelawak Cari Inisiatif Sendiri

Selain Fad, antara barisan pelawak yang turut diundang sebagai rakan hos termasuk Sharif Zero, Danial Zaini, Epul dan Talam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jom R*men Dulu…,” – Lelaki Tua Ajak Zara Zya Buat Perkara...

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang individu yang bertindak meninggalkan komen berbaur lucah dan biadab di platform media sosial miliknya.
error: Hello. Cannot.