
Selepas lima tahun sejak pelancaran single Hati Mati pada 2020 lalu, penyanyi yang pernah diperkenalkan menerusi Akademi Fantasia, Ahmad Azizi Mohamed atau Azizi, kembali menerusi single raya terbaharu berjudul Raya Pop.
Lain daripada yang lain, Raya Pop tampil dengan pendekatan segar menerusi konsep ‘modern Broadway’ yang menggabungkan elemen joget bersama susunan muzik kontemporari yang ceria dan bertenaga.
Lagu ini bukan sahaja membawakan kemeriahan Aidilfitri, malah menawarkan pengalaman muzik yang penuh warna serta semangat kebersamaan.
Lama menyepi, Azizi mengakui tempoh tersebut dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan diri dalam pelbagai aspek selain memberi fokus kepada kehidupan peribadi dan keluarga.
Malah Azizi menyifatkan lagu ini juga langkah permulaan kepada perancangan seni yang lebih aktif selepas ini.


Langkah Baharu Dalam Seni
Tambahnya lagi Azizi, ‘Raya Pop’ bukan sekadar simbol kembalinya beliau dalam industri muzik.
“Lagu ini juga merupakan inspirasi kegembiraan anakanda tersayang dan kanak-kanak yang menjadi penyeri aidilfitri tidak kira dimana mereka berada agar penuh warna, tawa dan kasih sayang”. jelasnya.
Single ini merupakan hasil ciptaan komposer Aus K dengan lirik oleh The, yang menghasilkan karya bermelodi mudah diingati serta lirik menggambarkan kegembiraan, kasih sayang dan kemeriahan suasana raya bersama keluarga dan sahabat handai.
“Saya berharap ‘Raya Pop’ dapat menceriakan suasana Aidilfitri dan menjadi lagu yang dekat di hati pendengar.
“Ini adalah langkah baharu dalam perjalanan seni saya, dan saya sangat bersyukur dapat kembali berkongsi karya dengan semua,” katanya lagi
Raya Pop sudah dilancarkan sejak 27 Februari 2026 lalu, menandakan fasa baharu buat Azizi dalam industri muzik tanah air bersama pendekatan lebih matang namun tetap meraikan kegembiraan Aidilfitri.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




