“Ini Kecederaan Lama, Pabila Saya Menolak Kerusi Roda Jarak Jauh Dari…,” – Datuk Ras Adiba Radzi Selamat Jalani Pembedahan

Share

Bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi menzahirkan rasa syukur selepas selamat menjalani pembedahan di bahagian bahunya, Sabtu lalu berjalan lancar.

Menurutnya, prosedur tersebut adalah pembedahan kedua selepas mengalami kecederaan lama ketika menolak kerusi roda jarak jauh dari Johor Bahru ke Putrajaya pada tahun 2003.

Pembedahan pertama telah dilakukan di bahu kanannya kira-kira dua tahun lalu.

“Syukur pembedahan menjahit semula ligamen dan otot bahu serta lengan kiri saya, Sabtu lalu, lancar. Ianya adalah pembedahan kedua selepas yang pertama dua tahun lalu di bahu kanan.

“Ini merupakan kecederaan lama, pabila saya menolak kerusi roda jarak jauh, dari Johor Baru ke Putrajaya, 490km pada 2003.

“Rehat sebentar dari sukan menembak. In Shaa Allah pulih nanti, akan saya kembali berlatih untuk mewakili negara,” tulis Ras Adiba pada ruangan kapsyen di Instagram.

Turut dikongsikan ialah foto hasil pembedahan yang dilakukan.

Entri berkenaan juga mendapat perhatian daripada para pengikut yang mendoakan kesembuhannya.

Foto: Instagram Datuk Ras Adiba

IKLAN