Oh my! Apa kena dengan pelakon, Remy Ishak? MH dengar cerita sampai patah gamaknya.
Dalam perkongsian Remy semalam, dia kelihatan menggunakan kerusi roda serta kakinya berbalut.
“Ok, cerita dia macam ni, semalam training untuk projek terbaru, jadi MMA fighter.
“Nasib tak berapa baik tersilap langkah, jari kaki abang terkeluar dari landasan.
“Ini kali pertama dalam hidup abang berlaku kejadian patah-patah ini. Kelakar betul lah,” tulisnya.
Laa.. Kasihan Remy! MH doakan semoga dia cepat sembuh dan berhati-hati.
Dalam pada itu, dalam perkongsian lain pula, Remy berkongsi bagaimana dia memakai sebelah kasut dan sebelah lagi selipar.
“Ketahuilah kamu semua sebagai umat manusia, ini bukan sejenis OOTD. Ini kes mamai bangun awal pagi dan kejar flight.
“Baru sekarang abang sedar kenapa abang tak pakaj selipar dua-dua belah terus,adoiii,”tulisnya.
MH ingatkan Remy memang nak pakai kasut tapi sebab kaki berbalut jadi sebelah je lah boleh.
Rupa-rupanya ada kisah lain disebaliknya. Bertabahlah Remy!
Sumber: IG Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI