Ahli kumpulan nasyid UNIC, Bazli tampil menjelaskan mengenai isu apabila kumpulan itu dikatakan merosakkan bahasa Arab menerusi ‘cover’ lagu, Deen Assalam baru-baru ini.

Katanya, Bazli sempat berterima kasih kepada individu tersebut yang menegur namun dia juga turut bersedia dengan jawapan bagi membalas pertuduhan yang dilempar terhadap UNIC.

IKLAN

“Semalam UNIC di hentam teruk d fb dan di tambah oleh komen yg lain seakan membakar keadaan, katanya Bahasa arab UNIC dalam lagu Deen Assalam perosak bahasa arab tulen, baris bnyk salah, sebutan salah.

 

“Di datangkan hujah2 nahu pula. Berat betul salahnya tu. Katanya lgi mengharap UNIC yang belajar tinggi agama boleh betulkan bahasa sekali perosak bahasa.

 

“Pertama saya nak ucapkan terima kasih pada adik tersebut, ni jawapan saya…

 

“1. Sepatutnya adik kena munculkan d media sosial perbetulkan makhraj tajwid baris nahu awal2 lgi komen kat nisa sabyan sewaktu lagu viral lgi. Ni bila unic dh keluarkan baru nak jadi hero.

 

“2. Pttnya dik ko buat video santai up d fb ig ajar bahasa arab pada seluruh malaysia indonesia ajar nahu yg betul.

 

“Buat comparison bahasa ami dan nahu. Xsemua org berpeluang belajar bahasa.Silap2 video ko lagi viral. Sbb lagu tgh viral. Dpt saham ko dik.

 

“3. Syeikh kareem sendiri yg semak dan guide UNIC , beliau dri kecik membesar d tanah arab dik.

 

“4. UNIC anggap lagu bahasa arab dan lagu nasyid sejati mcm ni sekian lama susah nk masuk dalam jiwa masyarakat kita dik.. Ya jika UNIC ada salah itu kelemahan kami.

 

“Xsemua org pndai Arab Tulen. Mudahkanlah mereka. Railah mereka. Anggaplah ini satu kejayaan kita sampai satu mesej dakwah. Jgn kita rumitkan keadaan. Klu quran lain la, UNIC pn syadid bab quran.

 

“5. Mcm ni la dik, klu betul nk jadi hero, ko tolong wat parodi Syantik, Hajat HaelHusaini, KekeChallenge dalam bahasa arab.

 

“Insya Allah UNIC sendiri yg akan nyanyi…Kita kerjasama.. Org nk dgr tu versi bahasa arab. Br betul dakwah dsitu! Bkn saling cari salah. #deenassalam #agamakitadamai #sebarkankedamaian,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/Bm0b3tBnGZ9/?taken-by=bazliunic

IKLAN

Haa…panjang lebar jawapannya. Semoga dengan penerangan itu, tiadalah lagi yang salah anggap ya. Apa-apapun, lagu Deen Assalam nyanyian UNIC feat Abdul Karim Al-Makki ni memang best!

IKLAN

Foto/Instagram: Bazli UNIC

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI