Ini Dia Teman Sajat… Rupanya Peserta Mr.Lebanon 2019. Kacak Sungguh!

Share

Kecoh di media sosial apabila ramai yang bercakap mengenai teman baru usahawan sensasi, Nursajat.

Tidak hanya foto serta video keakraban keduanya yang diperkatakan, malah secara tak langsung ramai yang cuba mencari siapakah gerangan lelaki kacak terbabit.

Dikenali sebagai Jad Issa sebagaimana akaun yang ‘ditagged’ Sajat di Instagram, lelaki berkenaan difahamkan pernah bergelar finalis Mr.Lebanon 2019 dan dalam pertandingan tersebut, dia telah memenangi kategori Mr.Photogenic.

Malah momen tersebut turut di muat naik menerusi Instagram rasmi pertandingan itu.

Sementara itu, Mohamed Sandakli telah dimahkotakan sebagai Mr.Lebanon terbaru dalam majlis gala yang dilangsungkan penuh meriah di Hotel Riviera, Beirut oleh bintang sensasi, Haifa Wehbe.

Menjengah ke Instagram Jad Issa yang mempunyai pengikut hampir 17,000 pula, lelaki itu ada berkongsi sekeping foto bersama usahawan berkenaan.

Apa pun, memang tak dinafikan, Jad Issa seorang yang tampan dan tidak hairanlah sekiranya dia juga aktif dalam dunia peragaan di sana.

Foto: Instagram Sajat, Jad Issa

IKLAN