“Ini Bukan Masa Nak Bermegah Rumah Cantik Nak Raya,”- Pak Nil Sediakan Face Shields Untuk Frontliners, Siap Ada #Teampaknil

Share

Bergelar selebriti atau tidak, ramai orang mengambil peluang untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan di saat penularan wabak Covid-19 melanda diseluruh dunia.

Pengacara senior, Datuk Aznil Haji Nawawi misalnya turut mengambil inisiatif murni dengan menyediakan kemudahan buat para ‘frontliners’ yang bertungkus-lumus menangani penularan wabak Covid-19.

Lalu, Aznil atau lebih sinonim dengan panggilan Pak Nil menyediakan pelindung muka untuk kegunaan kepada ‘frontliners’.

“Terus kami satu family istiqomah sediakan face shields ini untuk frontliners. Rumah kami pun dah bentuk kilang tapi ini bukan masa nak bermegah umah cantik nak raya!!

“Kita Kena Menang Bergaya!!! #kitajagakita #kitakenamenang #teampaknil,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata selebriti dan peminat memuji sikap Pak Nil yang prihatin terhadap situasi semasa yang berlaku kini.

Foto: Instagram Pak Nil

IKLAN