Dalam titisan air mata kesyukuran, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid merakam kembali memori indah ketika menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah.
Jelas Mawar dalam menerusi kapsyen pada pautan video lama yang dimuat naik, dia mengakui rasa rindu selain turut berkongsi pengalaman menitipkan doa di Hijir Ismail.
“Rindu yang teramat… Time ni, Mawar sorang2 nak g doa kat Hijr Ismail. Raf tengah solat. Berdebar2 nak masuk kat situ. Semua nak g doa kat situ kan.
“Tapi… Mawar mmg nekad nak doa jugak kat situ, sbb tu Mawar cuba g jugak kat situ. Memang ramai sgt berhimpit tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan,” tulisnya.
Kongsi ibu hamil ini lagi, dia bertemu dengan dua jemaah yang turut sama berhajat untuk menitipkan doa di lokasi sama.
“Bertemu ngn 2 org aunty yg sama2 berjuang untuk nak berdoa kat Hijr Ismail. Mawar nampak 2 org aunty ni, pastu Mawar tanya.. “cik.. boleh ke Mawar nak masuk skali ngn cik.. sebab Mawar sorang ni”.
“Aunty2 tu terus tarik mawar, and suruh Mawar pegang kuat2 aunty tu. Alhamdulillah, lama jugak dapat pegang kucup kain Kaabah, sambil doa, sampai senget2 tudung. Rinduuuuu.
“Ingat lagi, antara doa Mawar ialah untuk @mawarosehq dan untuk rumah tangga Mawar, syukur.
“Alhamdulillah, betul-betul sebelum pkp bulan 3 dulu, sempat buat umrah. Kali pertama Mawar menjejak ke tanah suci.
”Tak sabar nye nak pergi sana lagi, agak-agak next time, Mawar akan dapat pergi ngn siapa ya,” tulisnya panjang lebar.
Sementara itu, Mawar menerusi posting terdahulu turut menitipkan ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua pengikutnya yang beragama Islam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hampir 10 tahun berkecimpung dalam arena muzik tempatan, penyanyi dan komposer Ryan Deedat semakin selesa dengan hala tuju muziknya.
Sejak memilih untuk bergerak solo pada tahun 2017, nama Ryan semakin dikenali peminat muzik.
Menerusi single debut Salimah, Ryan berjaya menempa nama apabila gandingannya bersama Allahyarham Sandra Dianne dalam lagu tersebut mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menjuarai carta radio dan tersenarai dalam cara platform digital seperti Joox.
Selepas kejayaan berkenaan, Ryan juga pernah muncul dengan beberapa single seperti Propa yang dilancarkan tahun lalu dan Menari Dalam Gelap.
Terkini, Ryan kembali dengan single keempatnya yang berjudul Monalisa ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.
Lagu ini turut mendapat sentuhan komposer dan penerbit terkenal Omar K sebagai penerbit rakaman.
Lagu berentak reggaeton yang diberikan susunan muzik indahini turut disuntik dengan elemen muzik Timur Tengah.
Seakan mengambil inspirasi daripada karya agung lukisan Leonardo da Vinci, senyuman misteri wanita dalam potret Mona Lisa berjaya menawan sesiapa sahaja yang menatapnya.
Begitu juga dengan lagu ini, melodi lagu yang mesra telinga ini dihiasi dengan seni kata bercerita tentang obsesi seorang lelaki terhadap seorang wanita misteri yang berjaya mencuri perhatiannya.
“Ini merupakan kolaborasi pertama Universal Music bersama Ryan. Selain bakatnya, kami tertarik dengan aspirasi dan potensi yang Ryan miliki untuk membawa muzik Malaysia ke peringkat global.
“Kami sudah menyediakan perancangan rapi untuk mengukuhkan lagi status Ryan sebagai pejuang muzik urban di Malaysia bermula dengan lagu Monalisa ini.
“Kami menjangkakan lagu yang membawa konsep global ini bukan sahaja mampu menaikkan populariti Ryan, malah ia juga mampu membuka lebih peluang untuk Ryan bertapak dalam arena muzik antarabangsa”, jelas Anne Mukhtar, Pengurus Promosi & Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia.
Mengulas tentang single terkininya itu, Ryan mengakui dia kini kembali menghasilkan karya berentak reggaeton seperti awal kemunculannya dahulu.
“Saya berharap lagu inibukan sahaja mendapat sambutan positif pendengar.
“Semoga ia akan menjadi siulan ramai dan membuatkan mereka ingin turut berdansa mengikut rentak lagu,” harapnya optimis.
Monalisa merupakan terbitan bersama Fave Productions Sdn BhddanUniversal Music Malaysia.
Lagu ini juga sudah boleh didapati di pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.