“Ingat Lagi Masa Dia Nyanyi Lagu Semakin, Saya Pun Ada Menyanyi Sekali…,” – Feeya Iskandar Imbau Kenangan, ‘Cemburui’ Pemergian Siti Sarah

Share

Penyampai radio, Feeya Iskandar berkongsi memori bersama teman artis, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi mengadap Illahi pagi Isnin.

Menurut Feeya atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah, dia mengenang kenangan bersama penyampai ketika itu, Shuib yang juga suami arwah.

“Saya pernah lepak sama-sama sebab dulu Shuib satu tempat kerja dengan saya kan, masa kami sama-sama jadi penyampai radio untuk satu stesen radio sebelum ni.

“Saya selalu lepak dekat rumah Shuib jadi memang kenal dan rapat. Lepas tu saya masa Jelajah Suria FM dia pun ada sekali.

“Saya ingat lagi masa dia nyanyi lagu Semakin kat atas pentas, saya pun ada menyanyi sekali dengan dia,” katanya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Suria FM itu, Cik Piah menyifatkan pengakhiran hidup arwah sangat dicemburui ramai, termasuk dirinya.

Cik Piah berpendapat, pemergian arwah Sarah membuka mata ramai pihak untuk sentiasa menjaga diri, lebih-lebih lagi pada situasi semasa kini.

“Sebenarnya pemergian dia sangat dicemburui ramai orang termasuk dengan diri saya sendiri. Semasa hayat dia ada sahaja orang yang tak senang dengan dia, ada yang kata nak tunjuk kaya lah apa lah.

“Tapi bila dia pergi ramai yang sedih, buka mata dan sedar betapa baiknya peribadi Siti Sarah ini.

“Mungkin masa hayat kita orang benci kita tapi di pengakhiran hidup kita yang macam mana itu lagi penting. Pemergian Siti Sarah ini telah membuka mata kita semua untuk kita sedar bahawa Covid-19 ini benar, bukan benda yang main-main.

“Jadi benda ini sebagai satu pengajaran untuk kita semua supaya sentiasa jaga diri ,” katanya lagi.

Sarah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada Isnin.

Sekadar informasi, Allahyarham yang turut melahirkan bayi pra-matang, mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011.

Mereka turut mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Foto: Instagram Suria FM, Feeya Iskandar,Siti Sarah

IKLAN