Kumpulan Sans Therapeutics Berhad secara rasmi mengumumkan pengambilalihan X-Beauty & Aesthetic, pada majlis menandatangani perjanjian di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sans Therapeutics Berhad, Dr Tan San Chin, turut mengumumkan penambahan perkhidmatan Sans Aesthetic Wellness, yang memfokuskan kepada estetika dan ‘keindahan kesejahteraan’.
Malah selepas pengambilalihan itu, X-Beauty & Aesthetic secara rasmi akan dinamakan semula sebagai Sans Aesthetic Wellness dan turut mengambil alih enam cawangannya yang terletak di Kota Damansara, Sri Petaling, Cheras, Puchong dan Nusa Bestari, Skudai.
Berikutan itu, pelanggan sedia ada yang ingin mendapatkan rawatan di cawangan Uptown Damansara, akan berpindah ke cawangan Kota Damansara.
“Kepada semua bekas ahli X-Beauty & Aesthetica, kami di Sans Aesthetic Wellness berjanji akan meneruskan perkhidmatan seperti sebelumnya kepada pelanggan.
“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial, kami optimis untuk terus mengekalkan integriti dan tanggungjawab agar menjadi penanda aras dalam industri rawatan kecantikan serta terus mengutamakan keselesaan pelanggan,” katanya.
Dr Tan San Chin pada masa sama mengharapkan agar pelanggan terus memberi kepercayaan kepada syarikat dalam urusan penyelesaian peralihan ini dan sentiasa memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
Ads
“Kepada mereka yang masih menjalani rawatan berterusan dengan X-Beauty & Aesthetic, beliau menggalakkan mereka mendaftar di cawangan terbabit dengan membawa resit asal bagi mendapatkan rundingan secara personal.
“Sementara itu, kami juga mencari rakan kongsi perniagaan menerusi sistem francais untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan ini di mana kami merancang untuk membuka lima lagi cawangan kedai.
“Syarikat juga merancang untuk mengadakan penyenaraian awam dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif X-Beauty & Aesthetic, Datuk Jess, iaitu wakil dalam perjanjian peralihan itu, berkata, syarikat sedang melakukan penstrukturan semula organisasi selepas berhadapan dengan wabak Covid-19, dua tahun lalu.
“Saya yakin Sans Therapeutics Berhad adalah kumpulan korporat yang memiliki reputasi dan berkemampuan menawarkan produk berkualiti serta perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
“Sekali gus pelanggan yakin mengenai pertumbuhan dan prospek kumpulan,” katanya.
Ads
Sans Aesthetic Wellness turut melancarkan Lab Series, iaitu set baharu produk penjagaan kulit sehenti.
Siri Lab ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dibangunkan oleh pasukan yang mempunyai lebih 30 tahun kepakaran dalam menghasilkan produk penjagaan kulit menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Ia dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk merawat kulit yang bermasalah agar sihat semula.
“Kalau boleh kami mahu orang kalau bercakap mengenai kecantikan, akan ingat kepada kami. Sebab itulah bermula dengan pelancaran ini, kami giat untuk terus mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua, tidak mengira budaya.
“Meski cabaran mendatang menjadi lebih sukar dengan situasi semasa, namun kami percaya servis dan kualiti terbaik yang diberikan kepada pelanggan menjadi survival kami secara langsung” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan dia kini lebih selektif memilih sebarang tawaran untuk berlakon menerusi mana-mana projek selepas menubuhkan syarikat produksi Arwaa Production.
Memberi fokus kepada penerbitan drama, telefilem dan program, Nadzmi, 30, juga memperlahankan karier lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ardell Aryana pada 2019.
“Tawaran selalu ada tetapi terpaksa ditapis, kerana saya tidak mahu timbul ‘conflict interest’ memandangkan saya kini mengusahakan sebuah syarikat produksi Arwaa Production yang menumpukan kepada penerbitan drama, telefilem dan program.
“Jadi saya lebih banyak berada di belakang tabir. Kita beri ruang kepada pelakon tempatan berbakat yang lain menyerlahkan kebolehan mereka. Melainkan naskhah yang saya terima itu boleh mengembangkan karakter saya pasti saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Adhwa menambah selepas berkahwin dan kiki bergelar bapa, keutamaan sudah berubah. Namun, lakonan masih menjadi minat dan tidak akan sesekali melupakan bidang seni.
“Kini saya membahagikan fokus kepada tiga perkara iaitu keluarga, bidang seni serta perniagaan.
“Isteri saya pula lebih selesa untuk menumpukan fokus terhadap anak dan keluarga serta beberapa aktiviti kemanusiaan.
“Selain mula berjinak dalam bidang penerbitan, kami juga aktif dalam perniagaan makanan, Arwaafood. Syukur Alhamdulillah, perniagaan makanan menerusi Arwafood mendapat sambutan yang sangat positif,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai produk yang dihasilkan, Mee Kari Opah di bawah jenama terbabit terjual sebanyak 15,000 kotak menerusi platform TikTok, baru-baru ini.
“Syukur kerana produk ini mendapat respons yang sangat baik. Kami sendiri tak sangka Mee Kari Opah terjual dengan kuantiti sebanyak itu dalam masa satu jam sahaja.
“Pada awalnya, kami dapat tawaran untuk berkolaborasi dalam perniagaan ini dari dua orang sahabat, Hadi Kaderi dan Nizar Hafiz. Kami mahu meneroka bidang perniagaan makanan dan timbul idea untuk muncul dengan mi kari.
“Setelah enam bulan berhempas pulas memikirkan idea untuk segi konsep dan rasa yang ingin ditampilkan, maka terhasillah Mee Kari Opah,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian terkini pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman di Instagram pada Rabu mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi hantaran berkenaan, personaliti media sosial itu berkongsi gambar passport baharunya yang cantik mengenakan solekan pada wajah.
Dia pada masa sama bersyukur kerana proses menyiapkan passport tersebut dipermudahkan.
“Yayy girlie finally got her passport problem sorted! Alhamdulillah. Thank you everyone that helped and offered to help and thank you to Shikin & Tuan Sahib.
“So blessed to have met such helpful people Alhamdulillah,” tulisnya menerusi ruangan komen.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata berkongsikan pengalaman dan tak kurang yang memuji penampilan cantik Tyra menerusi foto yang dikongsikan.
“Passport pun cantik,” tulis pelakon Mawar Rashid.
“Omaigad gambar passport pun cantik sangat,” puji seorang wargamaya.
“Pretty as always,” komen wargamaya lainnya.
“Melawan hukum gambar passport nih,” seloroh seorang wargamaya yang memberikan komen.
“Lawanya you. Kenapa la aku punya muka dalam passport kembang eh. Murung tengok gambar sendiri,” komen wargamaya.
“Apa ni cantik sangat gambar passport pun,” antara komen lain tertera.
Ada juga di antara respon yang ditinggalkan pada ruangan komen mendapat reaksi balas tuan badan.
Dalam pada itu Tyra menerusi Insta Stories sekali lagi memberikan penjelasan mengenai gambar passportnya itu.
“Jangan marah i please tanya kenapa i boleh pakai makeup tapi orang lain kena buang makeup. I think it depends juga which immigration you go to.
“Ada yang boleh ada yang tak boleh, ikut nasib yang penting kalau freehair make sure nampak telinga and muka semua jelas.
“Tengok comments, so memang ikut nasib, jangan kecam saye please. Saya kalau tak lepas pun ok je to retake with bareface. Cuma lepas je gambar pakai makeup. Ramainye marah saye huhu sedih kita,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Bismillah ya Allah , tempatkanlah bapaku dengan orang-orang yang beriman dan masukkanlah bapaku di syurga pertama mu ya Allah. Amin ya Allah Amin.
“Al-Fatihah untuk bapaku yang tercinta,” tulisnya.
Dalam pada itu, Noki yang juga merupakan anggota kumpulan rap, K-Clique itu turut memanjatkan doa agar bapanya itu ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa duka selain turut memberikan kata-kata semangat buat Noki bagi mengharungi detik-detik sukar ini.
“Salam takziah buat seluruh keluarga,” balas pelakon dan pelawak, Zizan Razak.
“Semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin,” komen Zizi Kirana.
“Harap bersabar Ikwan. Kami semua ada untuk kamu,” komen salah seorang anggota K-Clique, Nastynas
“Semoga roh ayahanda ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,” kata, pengacara dan pelakon, Sherry Al-Hadad.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram stories, Noki dilihat telah pun bergegas pulang ke Sabah bagi menyempurnakan jenazah bapanya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noki K-Clique
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...