“Industri Kita Bila Nak Matang?” – Pelakon Berusia Pilihan Filem Korea, Ini Reaksi Rita Rudaini

Share

Berkongsi momen menonton Goodbye Mr Sunshine, pelakon Rita Rudaini sempat menyatakan kekaguman terhadap industri filem Korea yang dilihat turut mengutamakan pelakon berusia sebagai teraju filem.

Lakonan yang cukup mantap menjadikan keseluruhan filem cukup memberi impak kepada penonton.

Scene2 dlm ni xle terlepas tgk…scene ni paling sedih nangis mcm mmmm apa tah…sekali skala mata kena basuh jugak kan. Goodbye Mr.Sunshine,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, bintang ini turut membayangkan industri tempatan yang disifatkan masih belum matang daripada segi pemilihan pelakon.

“Pelakon2 dlm cite ni beza umur sgt ketara..hero umur 49tahun…lakonan xyah ckp laa…matang n sgt lelaki…..heroin je yg paling muda…cerita korea mmg matang…sebab tu ramai layan korea termasuk me. industri kita? Bila nk matang,” tanyanya.

Lalu, kenyataan ini turut dipersetujui segelintir netizen yang turut kagum kepada filem terbitan negara berkenaan.

Pada masa sama, ada di antara mereka yang turut menyindir mengatakan industri tempatan punya starter pack tersendiri.

Foto : Instagram Rita Rudaini

IKLAN