Penyanyi, Sufian Suhaimi tampil memberikan responnya selepas tular satu hantaran di aplikasi X (dahulunya Twitter) daripada seorang individu yang menuntut abang kepada tunangnya yang dikenali sebagai, Rania untuk menjelaskan hutang berjumlah RM12,000.
Menerusi hantaran di aplikasi sama, Sufian menjelaskan tunangnya itu tidak mempunyai abang seperti yang didakwa.
“Dia tak ada abang,” tulisnya ringkas.
Pada masa sama, penyanyi lagu Di Matamu itu turut mempersoalkan motif individu berkenaan berbuat sedemikian.
Ads
“Kalau ada pun, kau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa?” soalnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu berkenaan seperti sengaja ingin mencari perhatian dengan mereka cerita yang tidak benar.
“Nak perhatian punya fasal, sanggup buat cerita munafik.
“Malunya. Marah-marah sekali salah orang. Abang angkat mungkin.
Ads
“Saman je. Lepas tu duit saman boleh boleh buat tambah jemputan masa kahwin.
“Meroyan sorang tapi salah orang,” antara komen-komen netizen di aplikasi X.
Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, Sufian mengesahkan keluarganya telah selamat merisik kekasih hatinya, Rania pada satu majlis tertutup dihadiri keluarga dan kenalan rapat yang berlangsung di kediaman wanita itu, pada Ahad.
“Alhamdulillah, majlis merisik itu berjalan dengan lancar semalam dan ia sama sekali bukan gimik untuk pembikinan muzik video lagu baharu saya atau sebagainya. Saya memang dah sedia untuk tamatkan zaman bujang.
Ads
“Saya dan Rania merancang untuk majlis perkahwinan kami diadakan pada Disember depan atau Januari 2024, bergantung pada lokasi majlis dan segala persiapan kami berdua,” katanya seperti yang dipetik.
Malah, pada hari sama, tular satu hantaran video di platform TikTok menerusi perkongsian daripada akaun milik hairamikayla00 yang memaparkan Sufian bersama keluarganya hadir di kediaman Rania bagi tujuan merisik.
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan turut tumpang gembari selain turut mendoakan semoga segala urusan ke jinjang pelamin akan dipermudahkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro, Instagram & Twitter Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Rita Rudaini berkongsi luahan serta pandangannya di Insta Stories pada Khamis mengenai norma kehidupan ketika ini.
Menurut Rita, ada pihak yang tidak senang sekiranya ada di antara individu yang bersikap lantang di dalam menegakan sesuatu perkara.
“Ada orang kalau kita ‘loud’ pada sesuatu perkara untuk kebaikan bersama, dia tak suka. Dia avoid… dia tak nak support. Dia nak nampak dia baik-baik je. Dia akan nampak kita ni seperti ‘wanita jahat’ dalam sesuatu penceritaan.
“Tapi bila benda yang kita perjuangkan tu berjaya, semua dapat merasa ‘kebaikan dan kesenangan’. Dari ke ‘loudkan’ kita, dia orang pertama yang akan muncul muka dari belakang.
“Dan dialah akan over lompat bintang atas kesenangan yang diperjuangkan oleh konon ‘wanita jahat’ tu,” tulisnya.
Bagaimanapun Rita menambah adalah lebih baik untuk dilihat lantang, daripada hanya berdiam namun bermuka-muka.
“Kesimpulannya… Biarlah kita pegang ‘watak jahat’ untuk kebaikan dan kesenangan semua pihak. Dari pegang ‘watak baik’ tapi banyak ‘muka’,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerjanya iaitu di sebuah bengkel kenderaan di Ampang, Kuala Lumput, kira-kira jam 7 malam, hari ini.
Menurut rakan sekerjanya, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, dikatakan mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
“Memang mengejutkan. Katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia, dia diberi minum air. Tiba-tiba, dia senyap.
“Bos dia yang juga kenalan saya baru hubungi saya. Jenazah masih lagi di bengkel,” katanya lapor kepada Harian Metro.
Sementara itu, rakan Bad dari kumpulan Indigo, Shah turut mengesahkan Bad meninggal dunia dalam satu hantaran di media sosial.
Cubaan Harian Metro menghubungi pemilik bengkel terbabit tidak berjaya, manakala bekas isteri Bad, penyanyi Ashira Aziz juga tidak memberi sebarang maklum balas.
Di Instagram, kali terakhir Bad memuat naik hantaran ialah tiga hari lalu berupa video yang meniup semangat kepada pengikutnya di platform itu supaya tidak berputus asa dan mengingati Allah setiap kali dilanda ujian.
Sebelum ini, Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jadi kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.
Dia kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.
Kemudian, Bad dan bekas isteri, Ashira mengumumkan yang mereka sudah bercerai menerusi sebuah hantaran video pada 23 Jun tahun lalu.
Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 selepas mereka sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh.
Bad dilaporkan memohon status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menjalani beberapa prosedur memotong jari kaki kiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada bintang cilik, Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad yang telah diumumkan sebagai juara ‘The Chosen One’ musim pertama sekaligus melakar sejarah sebagai anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia!
Dengan kemenangan ini, Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Manakala, Putera Muhammad selaku Jurulatih Terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, berjaya menewaskan tiga lagi peserta lain yang bersaing di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun.
Masing-masing merupakan anak-anak didik kepada Hazama, Kmy Kmo dan Luca Sicta serta Shiha Zikir.
Naib juara Khalyn meraih wang tunai RM20,000 manakala tempat ketiga, Dayana dan tempat keempat diberikan kepada Erika.
Sementara itu, warganet rata-rata memberikan reaksi positif atas kemenang Amir Sisi dan kebanyakannya juga tumpang sebak saat melihat ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang sebak gembira sejurus keputusan diumumkan.
“Tahniah Amir, family & cikgu-cikgu yang support perjuangan Amir.”
“Tahniah Amir… rezeki Amir dan keluarga.”
“Congratulations adik amir chomel. semoga lebih menyinar selepas ini.”
“Deserved it.”
Sebelum ini, suara serta personaliti Amir menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga menjadi viral, misalnya menerusi video di TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...