Individu Ini Tempelak Ibu Aiman Tino ‘Ciri-Ciri Ibu Mentua Dari Neraka’, Ini Bidas Tuan Badan – “Neraka Tu Kau, Anak Aku…”

Share

Ibu kepada penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil ditempelak seorang individu yang melabelkannya sebagai ‘ciri-ciri ibu mentua dari neraka.’

Perkara tersebut yang diterima menerusi mesej peribadi lalu dimuat naik di dalam hantaran terkini di Instagram miliknya.

“Ciri-ciri mak mentua dari neraka, nasib la sape yang sangkut dengan family mokcik huhu ngeri,” tulis individu terbabit.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Hazelina memberitahu apa yang lihat orang luar hanya luaran sahaja.

“Tak kenal maka tak cinta. Neraka tu kau, anak aku aku nak bawa ke syurga,” tulisnya.

Terdahulu, isu Aiman yang didakwa ibunya gagal dikesan hingga menggangu urusan kerjaya seninya menjadi perhatian ramai.

Aiman bagaimanapun telah tampil ke pangkuan keluarga seterusnya memohon maaf atas khilaf seterusnya menjernihkan salah faham yang berlaku.

IKLAN