Indahnya…Tunku Abu Bakar Ibrahim Nama Putera Kedua TMJ, CP Khaleeda

Share

Dilahirkan pada 17 Julai lalu di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor, putera kedua Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberi nama Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi kenyataannya menyebut, pihak istana suka cita mengumumkan nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Takzim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail,

” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Pasangan diraja ini disatukan bersama Che Puan Khaleeda pada 2014 dan mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun tahun 2016 dan putera pertama yang juga pewaris takhta Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada Oktober 2017.

IKLAN