Alhamdulilah, tahniah kami ucapkan buat pelawak Imuda kerana baru sahaja menyambut kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Benarlah kata orang, otai masih berbisa kerana isterinya, Zabarina Ali baru sahaja selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.8kg.

Imuda Timang Cahaya Mata Di Usia 57

Bayi tersebut telah dilahirkan secara normal di Hospital Aventist Pulau Pinang pada 23 Julai, Jam 8.08 malam.

Imuda yang telah dihubungi oleh Harian Metro berkata dia bersyukur kerana di usia begini masih diberi rezeki menimang cahaya mata.

Ads

“Alhamdulillah pada usia begini saya masih berpeluang menimang zuriat. Ini rezeki daripada Allah SWT.

“Mungkin ada yang bertanya dan mempertikaikan usia saya. Bagi saya, tidak salah dapat anak lagi pada usia ini apatah lagi isteri saya masih 30-an,” katanya pada wartawan yang menemu ramah.

Imuda juga sempat memberitahu anak perempuannya ini merupakan cucu perempuan sulung belah keluarga isterinya.

Ads

“Bayi ini hadiah tidak ternilai buat kami semua dan mungkin juga pengganti selepas isteri dua kali keguguran.

“Malah doktor memaklumkan kandungan sebelum ini kembar,” katanya lagi.

Ads

Imuda Timang Cahaya Mata Di Usia 57

Imuda yang telah mempunyai tiga orang, dua orang bersama bekas isteri pertama dan seorang hasil perkongsian dengan isteri baru, kini Imuda telah mengenapkan nombor tersebut dengan angka 4 ketika berusia 57 tahun.

Dia juga sempat berkongsi momen gembira ini di Facebook miliknya.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI