“Impian Sejak Umur 10 Tahun,”- Datuk Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Pengalaman Berlepas Ke Angkasa, Ibu Siap Beri ‘Mini’ Al-Quran

Share

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ada memuat naik video di Instagrammya baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan detik pelancaran beliau ke angkasa lepas 12 tahun lalu.

Menariknya, Muszaphar telah berkongsi pengalamannya sepanjang berada di angkasa.

“Saya masih ada beribu rakaman yg tak ditunjukkan dlm simpanan saya..

“Saya telah dilancarkan dari Baikonaur, Kazakhstan iaitu lokasi yang strategik dan terbaik. Tawau, Sabah merupakan lokasi paling strategik untuk melancarkan roket di Malaysia pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11,” tulisnya.

“Mak saya menangis dan hilang berat badan sebanyak 10 kg sepanjang saya berada di angkasa..

“Arwah ayah saya pula menggigil melihat pelancaran saya daripada Bilik Kawalan. Al-fatihah kepadanya yang memberikan saya galakkan dan kekuatan mental dalam hidup.”

“Saya telah bersedia dari segi fizikal, mental, dan psikologi. Kami telah dilatih oleh orang Rusia dengan baik untuk mengurangkan ketakutan setiap masa. Ketakutan saya hanya pada Allah,” tulis Muszaphar lagi.

Menariknya, Muszapahar mendedahkan bahawa impiannya untuk ke angkasa sejak dibangku sekolah lagi.

“Ini merupakan impian saya sejak berusia 10 tahun dan Alhamdulillah saya telah mencapai impian saya. 

“Ibu telah memberikan saya al-Quran kecil untuk keselamatan dan sentiasa mengingatkan saya untuk membacanya di angkasa,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Muszapahar merasakan bahawa ia adalah satu pengalaman yang mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

“Ini merupakan perjalanan yang sangat hebat kerana merasakan seperti 4G dan letupan daripada roket tapi saya benar-benar fokus pada ketika itu. 

“Saya boleh melihat daripada tingkap kecil, kami meninggalkan bumi dan merasakan seperti mahu mati.”

Meski sudah 12 tahun berlalu,namun detik manis itu sentiasa segar dalam ingatannya.

“Saya mahu menunjukkan lebih banyak lagi video di angkasa pada minggu ini termasuklah pemandangan bumi daripada ISS dan beberapa perkara yang dilakukan di sana..

“ Walaupun sudah 12 tahun berlalu tetapi perasaan itu masih segar dalam ingatan saya,” akhiri Muszaphar.

Untuk rekod, Muszaphar menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007 dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007.

Video: IG  Datuk Dr.Sheikh Muszaphar, Carian Google

IKLAN