Terdahulu, Nora Danish menjadi perhatian kerana perubahan bentuk badannya sehinggakan ada yang meneka Nora berbadan badan apabila terlihat seolah baby bump.

‘Impian Rayqal Nak Adik Dipermudahkan’ – Nora Danish

Namun, perkhabaran itu masih menjadi teka-teki oleh kerana empunya badan tidak memberikan sebarang kenyataan mengenainya.

BACA JUGA> http://www.mediahiburan.my/badan-berisi-nora-danish-dikata-hamil/

Kini, spekulasi Nora berbadan dua terjawab apabila pelakon cantik itu sendiri mengesahkan dirinya kini hamil tiga bulan.

Setelah melayari bahtera rumah tangga lima bulan, Nora dan suami, Nedim Nazri dikurniaan cahaya mata pertama mereka. Malah mereka juga berkata bersyukur beroleh kebahagiaan berganda.

IKLAN

“Saya gembira dengan berita ini, suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

“Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

“Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” katanya kepada sebuah portal online.

Berita kehamilan Nora adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu jutaan peminat, lebih-lebih-lebih lagi Rayqal sudah menganjak dewasa.

Nampaknya berita ini sudah cukup menggembirakan dan mengujakan para peminat Nora . Disebabkan itu, ratusan jutaan tahniah telah pun diterima oleh beliau di laman sosial di ruangan komen di Instagramnya.

‘Impian Rayqal Nak Adik Dipermudahkan’ – Nora Danish

IKLAN

Tambah Nora lagi, suaminya orang yang paling gembira dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka itu nanti.

‘Impian Rayqal Nak Adik Dipermudahkan’ – Nora Danish

“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami,” jelasnya. 

Dalam pada itu, pengusaha label fesyen Owl By ND ini juga berkata anaknya, Rayqal juga impikan mempunyai adik.

IKLAN

‘Impian Rayqal Nak Adik Dipermudahkan’ – Nora Danish

“Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik, nampaknya impiannya akhirnya dipermudahkan.” katanya.

Hasil daripada perkahwinan lalu Nora dengan Rizal Ashram Ramli, dia dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Rizal Ashram. Manakala Nedim juga mempunyai seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre.

‘Impian Rayqal Nak Adik Dipermudahkan’ – Nora Danish

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI