Suami kepada aktres berdarah kacukan, Siti Saleha Baharum, 27, Ahmad Lutfi Azhar, 31, dia mahukan 11 anak bersama Saleha.

“Saya mahu 11 orang anak, kalau boleh seorang setiap tahun,” katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun ujar keduanya, mereka tidak kisah jumlah cahaya mata yang dikurniakan ALLAH SWT dan tidak merancang mengenai perkara itu.

“Kami tidak merancang, kalau ALLAH SWT kurniakan kami rezeki awal, kami terima dengan hati terbuka,” jelas Saleha.

Memilih untuk berbulan madu di Pulau Mauritius, Saleha berkata, mereka bagaimanapun terpaksa menangguhkan perancangan untuk bercuti bersama kerana jadual kerja yang padat.

“Insya-ALLAH, jika ada kelapangan, kami akan berbulan madu hujung tahun ini kerana hanya pada ketika itu sahaja jadual kami kosong. Bayangkan, sebelum majlis akad nikah ini pun, Lutfi sempat lagi pergi ke pejabat pada sebelah pagi sebelum datang ke sini (TPC),” katanya.

Impi 11 Orang Anak

IKLAN

Bagaimanapun, kata pelakon 7 Hari Memcintaiku ini, dia tidak kisah waktu bulan madu mereka kerana faham dengan komitmen kerja suaminya.

Berkongsi mengenai keistimewaan suami yang berjaya mencuri hatinya, kata Saleha, sikap kelakar Lutfi membuatkan dia cukup gembira dan sering ketawa apabila bersama.

IKLAN

Selain itu, sikap Lutfi yang kuat bekerja dan dedikasi dengan kerjayanya turut memikat Saleha.

“Dia juga seorang yang caring dan paling penting saya dapat merasakan cintanya kepada saya betul-betul ikhlas,” jelasnya sambil memandang ke arah suami tercinta.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Saleha, Mohd Baharom Abdul Rahman disaksikan Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor.

IKLAN

Saleha menerima mas kahwin RM500 namun enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Sementara itu, ditanya soala kerjaya Saleha selepas ini, Lutfi berkata, dia tidak akan menyekat karier Saleha dan akan sentiasa menyokong isterinya.

Ujar Lutfi, dia mahu selebriti yang sudah berkahwin lebih sukses kariernya seperti kebanyakan selebriti Hollywood.

“Walaupun ketika awal perkenalan saya tidak tahu dia selebriti, tapi ketika saya kenalinya, dia sememangnya telah bergelar selebriti.

“Lagipun selepas lama berkawan, saya sendiri sudah biasa situasi ditahan peminat untuk bergambar dan ada ketikanya sayalah yang jadi jurugambar,” ujarnya.

https://www.instagram.com/p/BXKjdJHjumd/?taken-by=sallywho&hl=en

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI