“#imhurtyoujustfriendzonedme,” – Inikah Kekasih Rashidi Ishak?

Share

Baru sahaja mengumumkan secara rasmi perceraian baru-baru ini, pelakon Rashidi Ishak telah memuat naik sekeping gambar dirinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Lee Mishael.

Gambar itu dimuat naik di laman Instagram Rashidi dan Mishael dengan kapsyen yang sama.

Me: Don’t wear heels

She: ?

Also me: (moved one step forward while taking photo to look taller)

You just got to be extra lah kan @leemishael ?

#coffeeandconversations #emmastone”

Malah, pelakon lelaki ini telah meninggalkan komen di gambar tersebut dan menulis komen #imhurtyoujustfriendzonedme.

Hahahahaha ohhhmaiigawdddd u did not! (Ye ye u’r so tall) #geez #imhurtyoujustfriendzonedme.”

Netizen teruja melihat kemesraan pasangan ini dan memberi restu akan hubungan ini.

Malah, ada yang membuka cerita mengatakan inilah wanita yang selalu dikisahkan oleh Rashidi.

Rashidi dan Vanidah Imran berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika. Dan pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018.

Foto : Instagram Rashidi Ishak

IKLAN