Imej Terkini Ezlynn Persis Nicki Minaj – Komen Netizen Bila Lihat Penampilannya

Share

Terbaru, Ezlynn Ariffin atau dikenali sebagai Ezlynn telah melancarkan lagu single terbaru yang berjudul Goyang.

Penyanyi lagu ‘Hi Hi Bye Bye’ itu sudah lama tidak mengeluarkan lagu single terbaru hampir 6 tahun yang lalu.

Bukan sahaja melancarkan lagu single terbarunya malah Ezlynn telah menunjukan imej terbaru Ezlynn menerusi muzik video lagu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

“Semua dah tengok imej baru saya dalam video muzik Goyang ke belum?? Korang tunggu apa lagi? Jom tengok sekaranggg!”

“@warnermusicmy @redboxkaraokemalaysia #goyang#redboxkaraokemalaysia #warnermusicmy”

Rata-rata netizen memuji dengan perubahan imej terbaharu Ezlynn yang semakin menarik dan penuh dengan gaya.

MH mengucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada Ezlynn untuk lagu single terbaharunya itu. Selamat kembali mewarnai industri muzik tanah air.

Untuk rekod, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berasal daripada Ulu Kinta, Perak.

Video : Instagram Ezlynn

IKLAN