Pempengaruh yang dikenali dengan nama Bulan mendedahkan dia ada menerima komen yang tidak baik susulan penampilan yang seksi dan mencolok mata di media sosial.
Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira, 27, berkata, dia hanya menjual produk kopi tanpa bancuh, Liquffe dan bukan ‘menjual’ tubuh badannya meski imej yang seksi.
“Walaupun saya seksi, bertatu, tapi saya hanya cari rezeki dengan jual kopi tanpa bancuh. Saya pun tak faham, hari-hari saya berniaga, buat ‘live’ di media sosial boleh pula segelintir netizen mendakwa yang bukan-bukan.
“Iya, saya akui berpenampilan seksi kerana inilah diri saya sejak kecil, tapi itu tak bermakna saya ini wanita murahan. Saya jual produk kopi, tapi yang DM (direct message) benda yang pelik-pelik dan tak tahu malu,” katanya.
Influencer yang juga penari tradisional Sarawak ini menambah, kebisaaannya netizen bertanyakan tentang produk, namun lama-kelamaan ada yang tanya secara berlebihan.
“Kata mereka, minum kopi tanpa bancuh tu boleh tambah tenaga dan tingkatkan kesihatan, kemudian mulalah kaitkan dengan hubungan intim dan sebagainya.
“Saya tidaklah marah, tetapi janganlah melampau. Kalau boleh biarlah beradab dalam berkomunikasi sama ada secara berhadapan atau dalam media sosial.
“Saya cari rezeki halal siang dan malam, jadi hormatlah sikit. Apa-apa pun saya berterima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa ada dalam susah senang saya. Orang luar tak tahu betapa sukarnya saya dalam bisnes,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Mahu Bantu Wanita
“Liquffe adalah singkatan daripada Liquid Coffee yang mana minuman kopi secawan dijadikan dalam bentuk sachet.
“Alhamdulillah, suri rumah antara yang memberi respons positif kerana jualan ini mampu membantu dalam menjana pendapatan tambahan tanpa mengabaikan suami dan anak-anak.
“Malah ia turut menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan selain mengandungi nektar atau gula kelapa.
“Penyelidikan telah dilakukan selama tiga bulan dan dalam alam tempoh tersebut, banyak berlaku penolakan kerana mahukan rasa kopi yang terbaik yang tidak menggunakan gula putih sebaliknya nektar kelapa.
“Kalau nak tahu, nektar kelapa ini mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, membantu meningkat metabolisme, bagus untuk kesihatan usus dan banyak lagi,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI