Masih ingat lagi dengan pelakon popular suatu ketika dulu, Zahida Mohamed Rafik?

Walaupun pelakon ini memang kurang muncul di kaca televisyen mahupun layar perak, namun namanya tetap diingati ramai.

Wanita kacukan Melayu dan Pakistan ini sudah lama bertapak dalam dunia hiburan dan sehingga kini Zahida pernah membintangi lebih daripada enam buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta.

Dia juga memiliki syarikat produksi Chilli Picture dan telah menerbitkan sebuah filem secara usaha sama dengan sebuah syarikat produksi Indonesia Nobel Benchmark Sdn. Bhd pada tahun 2009.

Baru-baru ini, menerusi Instagram miliknya, Zahida nampaknya lebih banyak meluangkan masa bersama teman-teman dengan melakukan aktiviti senaman di Gym.

Jika dilihat melalui gambar terbaru, penampilan Zahida nampak lebih ‘maskulin’ dan seksi dengan perutnya yang kempis dan tubuh yang agak sado.

IKLAN

Imej Baru Zahida Rafik ‘Maskulin’, Seksi

Imej Baru Zahida Rafik ‘Maskulin’, Seksi

Imej Baru Zahida Rafik ‘Maskulin’, Seksi

Selain daripada perutnya yang kempis, otot-otot kekar yang kelihatan jelas pada lengan Zahida turut mendapat perhatian peminat.

IKLAN

Selain itu, pelakon cantik ini juga sering memuat naik videonya yang sedang bersenam dan ternyata Zahida semakin meminati hobi barunya itu.

Ruangan komen dihujani dengan peminat yang memuji badan dan imej barunya itu.

Terdahulu, Zahida pernah mencetuskan kontroversi melibatkan nama VIP dan tidak kurang juga isu mengenai wajahnya memakai botox.

IKLAN

Lets have some fun… #strongbackisasexyback #befitbestrong @yusofbasuri ??

A post shared by zahidarafik (@zahidarafik) on

Sumber : Zahida Rafik

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI