Imbau Memori Waktu Shooting, Jue Aziz Dedah Karektor Arwah Mamat Khalid – “Tak Kedekut Ilmu, Tak Berkira Bagi Sokongan…”

Share

Pelakon, Jue Aziz mengimbau kembali kenangan sewaktu menjalani pengambaran sebuah telefilem berjudul Semerah Darah di bawah arahan Allahyarham Mamat Khalid, sebelum ini.

Menurut Jue atau nama lengkapnya, Zuliana Abdul Aziz, arwah Mamat tidak kedekut atau berkira untuk berkongsi pelbagai ilmu bersamanya.

Bukan itu sahaja, Jue turut mendedahkan pengarah yang sinonim dengan filem Zombie Kampung Pisang itu seorang yang gemar memberikan sokongan kepada orang lain.

Malah, pelakon berusia 38 tahun ini menyifatkan arwah Mamat seorang yang ceria suka berjenaka.

“Teringat time ni dulu Jue ada product sendri. Arwah memang tak kedekut ilmu dan tak berkira untuk bagi support!

“Walaupun kami tengah shot lewat pagi time ni but abg @khalidmamat bole senyum sambil brseloroh dgn lawak dia.

“Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 Beriman..Alfatihah P/s: Shot Telemovie Semerah Darah,” tulisnya.

Sekadar informasi, arwah Mamat telah pun menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Slim River, Perak pada Sabtu.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh.

Foto: Instagram Jue Aziz

IKLAN