Duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique menekankan soal kepentingan pelajaran.
Iman, 21, atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, pembabitannya sebagai duta PTTI bukan satu tugas yang mudah.
“Menjadi duta berat, sebab bila ke siri jelajah bukan hanya membawa nama saya untuk buat persembahan, tapi saya akan ditanya beberapa soalan oleh pelajar di sana.
“Saya juga akan meluangkan masa dengan mereka, saya akan tengok cikgu mengajar, teknik digunakan. Dari situ saya akan tanya semula dan buat kuiz kepada pelajar. Saya akan bagi hadiah yang disediakan sendiri,” katanya.
Menurutnya, PTTI sudah banyak membantu pelajar yang bakal menduduki SPM.
“Saya dah kenal PTTI sejak habis SPM. Cuma,agak kecewa sebab zaman saya belum ada lagi, jadi saya tak dapat alternatif sebegini.
“Jadi, Saya tak nak adik-adik yang ambil SPM terlepas peluang yang disediakan PTTI. Kita boleh nampak usaha mereka dengan pelbagai program yang diatur.
Ads
“Diakui peningkatan mencanak naik. Masa saya mula-mula terbabit dengan mereka, PTTI belum buat siri jelajah lagi dan masih dalam talian.
PTTI juga pergi ke lebih 200 sekolah, tapi saya tak dapat turut serta. Kali ini dapat terbabit dalam pecutan akhir SPM di NTV7,” katanya.
Sementara itu bagi MK, 27, atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, segala usaha yang dibuat PTTI bersama guru yang bertugas kian membuahkan hasil.
“Awalnya saya fikir sebagai duta saja, tapi sekarang segala usaha yang dibuat oleh PTTI dan cikgu-cikgu menunjukkan hasil apabila berlaku peningkatan dari segi keputusan SPM. Inisiatif untuk perlajar juga terlalu banyak.
“Pelajaran penting. Macam saya, habiskan pelajaran dulu baru ke dunia nyanyian. Saya tamat pengajian di UiTM baru fokus dengan muzik. Keluarga ada harapan untuk kita. Jadi, nasihat saya untuk semua adik-adik, belajar sangat penting.
Ads
“Kalau dapat ulang masa, saya akan belajar sepenuhnya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya yang mendapat keputusan 5A 3B dalam SPM.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman menjelaskan, PTTI adalah platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula serta teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.
“Inisiatif ini bukan saja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar khususnya calon SPM mencapai kecemerlangan akademik mereka.
Ads
“Menerusi kolaborasi kali pertama dengan MPB yang mana ntv7 sebagai platform disediakan, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar memperoleh keputusan semua A di Malaysia pada SPM ini,” katanya.
PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dikendalikan barisan 13 tenaga pengajar berpengalaman yang membantu teknik menjawab soalan-soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Setakat ini, PTTI sudah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu menerusi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition.
Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 di ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview (saluran 107), Astro (saluran 147), unifi (saluran 107), dan secara maya menerusi YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.
Selain itu, PTTI turut mengadakan program Selekoh Akhir SPM yang dijalankan secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, nama penyanyi, Syada Amzah kembali menjadi bualan hangat netizen di seluruh platform media sosial.
Ia susulan selepas Syada memuat naik sebuah video cover yang memaparkan dirinya sedang nyanyikan lagu yang berjudul Kalam Eineh nyanyian asal penyanyi Arab, Sherine.
Disebabkn video tersebut, adik kepada penyanyi, Shila Amzah ini dilihat teruk dikecam netizen yang mengkritik kualiti nyanyiannya.
Menerusi tinjauan MH di laman Instagram, Syada dilihat tenang melayan setiap komen yang dilontarkan netizen.
Sementara itu, seorang netizen akui terkilan dengan cara layanan segelintir netizen terhadap Syada.
“Sedih tengok komen-komen para nitezen zaman sekarang. Seeloknya kalau kita tiada benda perkara baik untuk diperkatakan, tak payah la komen. Anda dok mengata tu ingat Allah tak catat ke?
“Kita manusia biasa. Jangan menilai dan menghukum orang. Jaga hidup kita sendiri dah cukup,” katanya.
Syada kemudiannya menyambut baik komen tersebut dan menyifatkan apa yang sedang dilaluinya ini merupakan ujian daripada Allah.
“Membaca ruangan komen saya mungkin adalah tanda tanda Allah hantar ujian untuk ingatkan kita semua untuk berzikir. Beristighfar. Ingat pada-Nya. Yang penting kita jaga diri kita sendiri in shaa Allah,” ujar Shada.
Pada masa sama, seorang lagi netizen menyifatkan Syada sebagai seorang yang tidak boleh menerima teguran dan hidup di dalam dunia sendiri.
“Betol la apa Kakak dia cakap. Dia memang tak boleh ditegur dan tak boleh terima pendapat orang. Dia dengan dunia dia. Syok sendiri je lah,” komen individu berkenaan.
Tidak melatah, anak kepada penyanyi senior ND Lala ini menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan dirinya boleh menerima setiap kritikan tetapi ia hendaklah membina dan bukan menjatuhkan.
“Pendapat yang membina sudah tentu saya terima, jenis-jenis yang menghina sahaja saya akan balas semula perbuatan mereka. Itulah perbezaannya.
“Kita hidup pada tahun 2023. Dengan penuh rasa hormat, saya merasakan rasa hormat itu bukan perlu diminta tapi diraih,” balas Syada.
Malah, ada juga yang menyifatkan netizen yang mengecamkan mempunyai perangai sama seperti tentera zionist.
Syada sebaliknya meminta pengikutnya itu bersabar dan tidak menyamakan netizen dengan umat yang dilaknat Allah itu.
“Sabar sabar. Tak mengapa. Saya percaya tiada orang yang sejahat Zionist. Kita bukan pembunuh. Kita tak perlu duduk sama rendah dengan mereka,” kata Syada.
Sehingga kini, video nyanyian Shada yang dimuat naik diaplikasi Tik Tok itu telah pun meraih lebih dua juta tontonan dan dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syada Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak ada nak buat gimik, saya seorang yang realistik. Kalau nak buat bisnes, buat dengan betul dan buktikan you boleh berjaya tanpa menggunakan gimik yang pelik.”
Demikian kata jutawan minyak pati aromaterapi, Norhidawati Abdul Aziz, selepas ditanya mengenai pendiriannya mengenai hasilan konten atau gimik yang dilakukan sesetengah usahawan demi memastikan produk jualan menjadi buah mulut ramai.
Bagi Norhidawati atau lebih mesra disapa Teacher Watie, dia percaya bahawa sekiranya produk yang dijual mampu memberikan kesan baik kepada pengguna, ia sekaligus boleh memberi hasil pulangan setimpal dengan apa yang dijual.
“Sebab produk itu bagus, anda boleh menjual produk itu tanpa perlu memalukan diri atau menjatuhkan maruah sendiri. Saya nak jual produk, bukan nak ‘jual’ diri sendiri.
“Saya datang untuk berniaga bersama dengan produk dan ada ilmu. Sebab itulah anda tak nampaklah benda pelik-pelik yang saya buat. Di TikTok pun saya tidak terlalu aktif.
“Untuk saya, memang tekankan kepada aspek pendidikan, sebab saya percaya produk itu memang bagus dan tak perlu gebang lebih pun pasal produk itu. Hanya titiskan ia pada pengguna dan insyaAllah anak nampak hasilnnya.
“Jadi, kerja saya jadi lebih mudah. Lebih mudah sebabnya saya belajar mengenai produk, modaliti, gabungkan bersama dan menjadi professional healer untuk mendidik orang ramai yang perlukan bantuan saya.
“Itu lebih profesional dan orang akan lebih nampaklah. Saya suka cara begitu dan suka untuk untuk bantu orang ramai dengan ilmu dan produk yang saya ada. Pada saya cara itu lebih berkesan dan sustainable,” katanya.
Terdahulu, Norhidawati pernah melakar sejarah apabila menjadi wanita Islam pertama dunia dinobatkan sebagai Royal Crown Diamond Young Living.
Malah, usahawanita yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan minyak pati aromaterapi itu juga sentiasa optimis untuk terus membantu golongan yang memerlukan terutamanya wanita.
Norhidawati juga mahu mendidik masyarakat untuk memahami dan menggunakan minyak pati aromaterapi dengan cara yang betul.
“Alhamdulillah, pengiktirafan yang diberikan itu sedikit sebanyak membuka mata dunia bahawa wanita Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan individu hebat lain.
“Niat saya untuk terus membimbing usahawan di Malaysia terutamanya golongan wanita agar terus bangkit dan memajukan diri. Tidak kira dari apa juga latar belakang.
“Selepas pandemik Covid-19, diakui ramai yang bergelut dengan isu kesihatan mental dan emosi.
“Jadi, kumpulan sokongan menerusi OilyLicious Healthcare Sdn. Bhd. inilah yang banyak menyokong satu sama lain dan membantu masyarakat untuk menggunakan manfaat minyak pati aromaterapi dengan betul agar mencapai tahap kesihatan terbaik,” katanya.
Sehubungan itu, syarikat milik Norhidawati mengambil inisiatif untuk berkongsi ilmu dengan menjalankan beberapa ‘roadshow’ di seluruh negara bagi memberi sokongan kepada usahawan-usahawan tersebut.
Program sokongan yang dilakukan ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi membantu lebih ramai lagi usahawan di seluruh Malaysia.
Norhidawati juga ada cara tersendiri untuk menghargai usahawan menerusi majlis apresiasi yang menghimpunkan lebih 100 usahawan hebat seluruh Malaysia.
“Hampir 90% usahawan di bawah bimbingan kami adalah wanita yang tekad mahu meningkatkan taraf ekonomi dan juga menjalani gaya hidup sihat melalui terapi minyak pati aromaterapi.
“Sebagai pemimpin dan individu yang telah mencipta nama dan kejayaan dalam bidang ini, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing mereka seikhlas hati bagi memastikan impian mereka tercapai.
“Saya akui mereka sangat tekun dan bersungguh-sungguh mengikuti setiap kelas serta program yang saya sediakan. Justeru majlis penghargaan ini saya khaskan bagi meraikan mereka,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior Roy Azman, isteri dan anak bongsunya terselamat daripada kecelakaan jalan raya menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram, hari ini.
Roy turut meluahkan rasa syukur kerana sempat menyelamatkan diri daripada keretanya yang dirakam sedang terbakar.
Menerusi hantaran sama, Roy turut berkongsi keadaan kenderaan yang dipandunya sejurus api dipadamkan.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...